Puding Karamel yang mudah di buat, resipi pun search kat internet je. Rasanya ramai yang menggemari puding ni kerana rasanya yang enak. Ni fisrt time saya buat hanya ikut sukatan resipi yang di berikan. Bahan-bahan nya pun senang je dan tak banyak. Saya nak share lah cara nak buat nye...
Petang tadi saya telah cuba membuatnya.. Macam ni le ropenye yek... ;P
Bahan-bahan untuk menyediakan adunan puding
1) telur (5 biji )
2) susu segar (500ml )
3) gula (80g )
4) esen vanilla (1 sudu kecil)
5) mentega untuk menyapu acuan (sedikit)
Bahan untuk gula karamel
1) gula (90g)
2) air (5 sudu besar )
Cara-cara membuat
- Mula-mula, sediakan gula caramel. Masukkan gula ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Kacau sentiasa sehingga gula tersebut cair dan bertukar perang.
- Kemudian segera kecilkan api dan perlahan-lahan curahkan air. Lakukan dengan pantas supaya gula karamel ini tidak terlebih hangus. Kacau rata sehingga gula tersebut hancur sebati dan segera tutupkan api
- Seterusnya, sapu rata mentega pada permukaan acuan dan curahkan gula karamel td ke dalam acuan. Ketepikan gula karamel ini dan sediakan adunan puding.
- Panaskan susu segar bersama dengan gula diatas api kecil. Kacau sentiasa supaya gula mudah hancur dan susu tidak mendidih.
- Langkah seterusnya, masukkan telur ke dalam mangkuk adunan bersama esen vanilla.
- Putar sebati bahan-bahan ini lebih kurang 10 saat sahaja supaya adunan tidak mengembang.
- Setelah itu curahkan adunan susu panas tadi dan kacau perlahan sehingga susu dan telur bercampur sebati.
- Akhir sekali, perlahan-lahan curahkan ke dalam acuan dan kemudian kukus lebih kurang 40 minit atau sehingga masak. Setelah masak, perlahan-lahan buka tutup pengukus. Angkat dan sejukkan seketika pada suhu bilik.
Sejukkan dahulu puding ini di dalam peti ais sebelum dihidang.
- Selamat mencuba -



Tiada ulasan:
Catat Ulasan