Saya budak baru belajar. ;)
Lambat sikit update, minggu lepas tarikh 17/11/2012 aku telah pergi ke kelas memasak. Masak apa? Masak Nasi Briyani Daging + Ayam masak merah + Gading kurma + Dalca
Kelas memasak ni di adakan di Kolej Komuniti Bt Gajah, Perak. Kelas ni di adakan 1 hari je dari jam 9pagi sampai jam 2petang. Habis masak balik la. Yuran dia hanya RM25 termasuk kos bahan. Lepas siap masak makanan pun boleh bawak balik.
Apesal ha aku nak kena pergi belajar masak? Tak reti memasak ke? Jawapan nye memang iye. So tak salah pergi kelas memasak ni. Tapi kebanyakkan yang datang ke kelas ni semua nak belajar cara masak nasi beriyani tu, banyak bahan di guna dan nak tahu cara nak masak nasi beriyani tu.
Tengok la gambar kat bawah ni, memang banyak bahan yang di guna, bukan semua gambar dapat di upload, kalau nak ikutkan ade banyak lagi. Semua gambar-gambar ni aku tangkap dengan segala step yang di tunjuk, sebab bile dah balik rumah takut lupa. haha. Bila rasa lupe, boleh tengok balik gambar. ;)
Untuk resipi-resipi semua ni akan di post pada entry seterusnya. Tunggu....!
![]() |
| antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak |
![]() |
| Menumis untuk nasi briyani |
![]() |
| Kaedah-kaedahnye, sediakan nasi dan lauk2 nye |
![]() |
| ;) |
![]() |
| 3 macam masakan yang di masak, hiasan ni di buat oleh chef yang ajar tu |







2 ulasan:
bile2 datang bolehle merasa ye..hihihi
belum try buat sendiri lg ni.. nanti nk try buat 25/12/12, meh datang umah.. hehe...
Catat Ulasan