Iklan

Thanks Followers!

Khamis, 30 Ogos 2012

Lagu paling tak jemu nak dengar

Favorite Song Ever

Sangat suka dengar muzik! tapi tiada apa-apa kebolehan dalam bidang muzik. Aku cuma suka layan muzik yang sedap dengar di halwa telinga ni. Tak tahu nak kategorikan jenis muzik yang macam mana aku suka. Apa saja lagu yang sedap ke telinga aku maka aku akan suka la.

Tapi dalam banyak-banyak lagu ada satu lagu ni kalau aku dengar banyak kali tak boleh jemu punya, tak tahu la kenapa...haha..
Bile start dengar je lagu ni terus kepala aku terawang-awangan masuk ke dalam lagu ni tanpa aku sedari, huh dasat tul ;)

Dia punya melodi tu agak sedih, suara penyanyi tu tak ade la sedap sangat pun, suara suparno lagi. Tapi muzik dia boleh meresap dalam jiwa aku. Dalam phone aku, lagu ni la paling kerap di dengar tak boleh tanding dah dengan apa-apa lagu yang lain.

Ni la lagunya bertajuk: Sang-eo-reul Sa-rang-han In-eo (male version)

Lagu ni dari Korean drama bertajuk My Girl. Lagu ni memang sedih, dalam drama My Girl tu bila part sedih lagu ni akan keluar, time tu bile menonton sambil dengar lagu ni memang feeling habis jiwa ini, jiwa kacau sekejap. Lagu ni ada versi perempuan, tapi kurang sikit sedihnya, versi male lagi menangkap. Mungkin ini aku punye telinga la, kalau orang lain punye telinga mungkin tak sama apa yang aku rasa.

Inilah lagu yang paling aku tak jemu dengar sampai sekarang!



- end -

Super simple - Koleksi Jahitan Manik

Ni baju raya tahun ni

Setelah mempelajari kursus jahitan manik, apa lagi praktikkan pulak apa yang dipelajari tu kat baju sendiri untuk baju raya tahun ini.

Sebelum ni memang aku pernah jahit manik sendiri, hanya belajar jahit manik ikut dalam buku, teknik sebenar dan asas memang tak ade. Aku belajar sendiri dan pandai-pandai sendiri. Tak susah pun jahit manik ni, cuma memerlukan kesabaran untuk siapkannya, kerjanya agak remeh. Tapi bila dah buat hasilnya rasa seronok dan puas hati dengan hasil sendiri dan rasa macam nak buat lagi. Tahap kerajinan juga perlu. Kalau tengah mood tak rajin apa pun tak boleh. Huhu..

Pernah jugak aku ambik upah jahit manik, tapi aku dah pesan kat orang, aku cume reti jahit manik yang simple je, yang sarat-sarat aku tak berepa kreatif dan belum penah lagi buat. Teringin nak buat manik yang banyak-banyak yang penuh dari tengkok sampai ke perot. Tapi skill tu tak berapa nak ade.

Ambik upah pun dari orang yang kenal dan tak banyak cerewet je. ;D
Kalau orang lai tak berani kot.

Kat sini ade beberapa gambar jahitan manik yang penah aku buat.

Ni pun baju raya tahun ni

Masa mula-mula buat dulu, guna manik murah yang tak berkilat





Simple


Baju pakai masa konvo Politeknik 2009

Baju sendiri



- end -

Selasa, 7 Ogos 2012

Lirik Lagu: Wujud – Roman ft Mira Tilu & Amylea

OST 7 Ramadhan : Lirik Lagu - Wujud – Roman ft Mira Tilu & Amylea


 


Kau terasing
Di jiwaku bermimpi
Setiap nadiku
Kau wujud selalu
Kau syurga
Seindahnya dirimu
Hanya kerana
Cintanya kau wujud

(Chorus)
Kau adalah diriku
Dan aku adalah dirimu
Hanya Tuhan tahu
Apa ada depan nanti
Telah lama aku nantikan
Dari saat aku dipisahkan
Dari sinar bintang
Yang menghilang

Ku akui
Dia memang buatku nyatakan
Harap aku kan selalu denganmu
Ku menanti
Saat hadirnya aku semula
Yang seadanya
Ku telan masa

[Ulang chorus]

Maafkan aku
Kerna diriku
Tak pernah sempurna untukmu
Kau yang satu
Kau teragung
Hidup matiku
Kerana cinta
Cinta ada hanya untukmu
Bila tiba saatnya kan bertemu

[Ulang chorus]

Ahad, 29 Julai 2012

Musnahlah harapan yang tinggi menggunung

.:: Sembunyi ::.


Keputusan dah keluar jawapannya nya setelah aku semak adalah GAGAL. Yeah... gagal.... Bagaimana aku rasa, rasa bergedebuk kena kat muka, kedebak jatuh kat badan. Apa yang bergedebak gedebuk tu, hakikat yang aku kene terima. Aku gagal lagi setelah peluang di beri.

Oh shit! Tak tahu nak cakap apa lagi yang pastinya harapan mak dengan ayah aku juga punah. Sekarang aku sudah rasa malu nak memberitahu seluruh manusia yang aku gagal. Tapi aku kena berani untuk memberitahu dengan selamber akan kegagalan itu (itu pun kalau ada yang tanye, tak tanye tak kasi tau la). Apa boleh buat kan, nasib belum menyebelahi dan rezeki belum ada. Mungkin ada hikmah de sebalik nya.

Tapi sampai sekarang aku masih bersedih dan kecewa. Jangan risau ini takkan lama biasa nya akau akan cepat ok.Sebab aku ni seorang yang tabah.. hahha...  ;p 

- END -

Sabtu, 28 Julai 2012

Berpuasa

Dah seminggu umat Islam menyambut bulan Ramadhan dan menunaikan ibadat puasa. Tapi aku hari ni baru nak mula berpuasa. Agak frust sebab hari pertama puasa dah tak puasa. Apa boleh buat. Hari baik dan bulan baik rugi sangat rasa kalau tak puasa. 
Bulan Ramadhan tahun ni aku satu family dah mula berjimat cermat terutama ketika membeli juadah berbuka puasa. Jangan membazir kalau di Bazar Ramadhan, jangan semua pun rasa macam nak beli dan fikir akan makan malam nanti. Kau pasti kau boleh habis ke..? haha... Tak habis kan dah membazir. Membazir tu kan saudara syaitan.


Mungkin gambar kat bawah ni boleh di jadikan iktibar dan renungan kita bersama




Sedang kita menikmati makanan yang lazat dan sedang, ada insan di sana yang kekurangan makanan dan terpaksa berlapar tak kira siang dan malam. Renungkan......


Renungan bersama:-

Mufti Saudi menangis semasa bersiaran secara langsung di dalam pro gram TV apabila diajukan soalan dari rakyat Somalia:

"ADAKAH PUASA SAYA AKAN DITERIMA JIKA SAYA TIDAK BERSAHUR DAN BERBUKA PUASA...?"

Mereka langsung tiada makanan untuk makan sedangkan kita mewah semewahnya...

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang..
Sedarlah bahawasanya masih ada orang yang tidak dapat menikmati kehidupan seperti kita di bulan yang mulia ini...

Renungkanlah firman ALLAH SWT...
“Sesungguhnya orang yang boros adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” - Surah Al-Israk, ayat 27

Jadi janganlah membazir ! Bulan Ramadhan ini dah la syaitan kena ikat...tak akan kita nak ambil jawatan syaitan pula kan...

Renungkanlah...


Ahad, 22 Julai 2012

Belajar jahit tudung


Sangat excited bila nak pergi kursus jahitan tudung. Sampai dua malam termimpi-mimpi, tak tahu le kenapa sampai macam tu sekali. Kursus jahitan tudung selama dua hari yang di buat di kolej komuniti Batu Gajah, Perak. Belajar 2 jenis tudung. Kalau belajar under Kolej Komuniti memang murah, selama dua hari dan belajar dua jenis tudung bayarab nya hanyalah RM40 termasuk kain, peralatan pun mereka sediakan. Biasa kalau pergi belajar kat luar, mahal yurannya. Tak pe la nak belajar jangan berkira sangatkan, tapi untuk orang yang jenis pendapatan bajet-bajet sesuai sangatlah join kursus anjuran Kolej Komuniti ni.

Jom review ada apa kat dalam kelas jahitan tudung tu:-













Sabtu, 21 Julai 2012

MTV & lirik - Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo (OST Ameera)

Mojo
  


Andai Ku Bercinta Lagi
(OST Ameera)
Mojo
Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini


Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda





Khamis, 19 Julai 2012

Kisah sedih untuk di jadikan iktibar




Kisah 18SX: Remaja Yang sedang Belajar Wajib Membacanya.. Pendedahan Penuh Iktibar...

Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh (namanya dirahsiakan)…Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut…..

Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.
“Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi

“Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya…sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.


Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut…katanya “Ayah…kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!” kata anak gadisnya merungut manja…sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.


Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab “nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis…. beli kelengkapan kamu…kita bukan orang senang…”


“Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit tau…nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa….nanti tak boleh tidur….haaa..ganggu prestasi along..!!”


Ye la…ye la…..nanti ayah beli lah….”


Sebulan telah berlalu…si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan…mungkin..sedang
kumpul duit nak beli tilam agaknya…maklumlah kerja kampung bukan orang senang….rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu rumah duduk lapan orang.

“Apa yang tak seronoknya ustaz ialah….budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu…pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan


tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki…ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta….


“Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah….tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu…pakcik ni sapa?…bapak diorang ke ..????” terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi…..”Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam….gerun saya ustaz….!!”


“Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama…tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz…risau saya ustaz…apalah upaya saya ustaz…”


“Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya…maklumlah orang sedang bercinta..bercouple…mak bapak pulak jauh ..jadi line clear…ustaz..kadang-kadang
tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik.”

Suatu petang ustaz….sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya….ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya….dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu….sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya…kerana tilam kekabu itu berat…..


kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju…terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan…sunyi…kerana hari itu hari cuti…ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka…termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.


“Saya pun keluar dari rumah….lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu…bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya…”kata saya kepada si ayah .”


“Ke mana mereka pergi….agaknya…keluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?” tanya ayahnya…bertalu-talu…saya hanya mendiamkan diri….lalu saya berkata kepada si ayah…tak mengapa bang…rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh….bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya….”


Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik…..si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.


Si ayah menunggu…sehinggalah waktu maghrib telah masuk….si anak masih tidak balik lagi….saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya …lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto…takut kesihatan anaknya terganggu.


Sedang kami duduk menunggu anaknya….yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu…..lalu bertanya kepada saya…”Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?”


Saya hanya terdiam…tak terkata apa-apa….lalu saya menjawab…”beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.”


Si ayah semakin risau……dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.Tepat pukul 2.15 pagi…barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra…pakwenya….berhenti di depan rumah sewa

Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya…sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu….mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari…perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua….

Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa….bergurau….dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya…!!!Subhanallah….s
aya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya…tetapi saya tahan….kata saya kepada ayahnya..:

”Jangan bang…sekarang dah pagi…jangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malu…biarkan budak lelaki itu balik dulu”.


Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu…barulah budak lelaki itu pulang…si gadis itu pun masuk ke rumahnya…..


Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya…dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampai…lalu dia memanggil nama anaknya….Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu…sambil katanya..:


”hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni…..tak boleh tunggu besok..?


Si ayah terus meluru lalu menampar…muka anak gadisnya…menjerit-jerit…ma
rah..

”Oooo…..buat apa datang pagi buta ye….kamu tahu tak… aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu…bawakkan tilam untuk kamu…..jenuh aku tunggu kamu….ni ha…pakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang …makan…..aku datang dari jauh letih…sebab risaukan kamu…sayangkan kamu..tapi kamu…keluar sampai jauh malam….dengan pakwe kamu ye…dah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung….aku malu tau tak…maluuuuu….


Anak kurang ajar..anak derhaka….anak tak mengenang budi…..aku jaga kamu….aku tatang kamu macam minyak yang penuh….macam ini balasan kamu…macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak ****……..berdebub…gedebab….
kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz…..saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap….beristighfar….bersabar……….

Anak gadisnya…menangis meraung…merayu…memohon keampunan…..hu hu hu ayahhhh…ampunkan alongggg….huwaaaaa…ayah alongggg salah …along berdosa dengan ayah…..hunhuuuuuu…….!!


Kau memang anak celaka…..memalukan keluarga…orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat….tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu…aku tak bagi tau tak…. sebab nak bawak tilam ni….kamu tau tak tilam ni berat….tilam kekabu…aku bawak dari kampung jauh….terhoyong hayang aku..bawak motor…tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak…??


Kata si ayah sambil menangis…….suasana pilu…..saya juga menitiskan air mata….sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.


“Sudah..kau kemaskan barang….pagi ni jugak balik ikut aku….balikkkkk…ikut aku…cepatttt,………kata ayahnya….


Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu…Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya…kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.


Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,dengan membonceng motor…tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi dibelakang bapaknya……kesiannn ustaz…kesiannnn



SUMBER DARIPADA FACEBOOK

Isnin, 9 Julai 2012

Dilema perut buncit ;(

 
Inilah yang sedang aku alami sekarang iaitu perut dah buncit skit. Tolonglah... dulu masa berat aku tak mencecah 40 kg, aku memang nak naikkan skit badan, tapi kenapa bila aku makan banyak tang perut pulak yang naik lebih-lebih. Tang lain maintain je... why2x... ;(

Sekarang berat dah naik skit 42kg daripada dulu 37kg. 5kg yang naik tu adalah lemak diperut... Oleh itu saya sebagai perempuan yang berat kini 42kg yang belum pernah kahwin dan beranak tak patut perut buncit.

Tapi hakikat yang aku tak faham, kenapa di situ lemak meningkat naik, kasi nak la kat tempat lain skit, sian la kat tempat lain, kat tempat lain nak jugak ada lemak skit.

So sekarang saya sedang nak mencuba cara nak kempiskan perut, mungkin ada petua yang boleh di gunakan. Search la kat Google ;D


Selasa, 26 Jun 2012

Harapan tinggi nan menggunung ke Putrajaya

Helooo... long time tak ade update blog...

Beberapa minggu yang lepas aku terima SMS menjemput menghadiri peperiksaan Penolong akauntan W27, maklumat lanjut sila layari laman web SPA. Wah berita gembira ni, dah lama SPA tak panggil, ingatkan tak nak panggil2 dah. Apa pun bersyukur apabila mendapat peluang lagi. Alhamdulillah.
Exam tu pada tarikh 23 June 2012.
Tempat exam tu dapat di Putrajaya, bangunan PICC. Walaupun jauh tapi tak kisah la kan...
Lagi pun ada rumah sepupu kat sana, nasib baik mereka boleh bagi datang menumpang. Jasa mereka Alllah saja yang akan membalas.

Ppertama kali nya menduduki exam untuk kerja kerajaan. Lepas mendapat surat dari SPA dandalam surat tu ada bagi tahu apa yang perlu di sediakan dan juga bentuk soalan, memang dalam fikiran kosong, blank tak tau apa yang patut di study. Dalam fikiran aku ni hanya tahu nak lulus, nak lulus.  Kalau aku gagal maknanya aku dah merugikan peluang yang ada. Oh tidak. Selain tu, ini adalah harapan mak dengan ayah aku ni, mereka nak sangat aku dapat kerja yang tetap dan menjamin. Hari-hari mak tak putus doakan aku. Ya Allah besar nya jasa mereka kat aku, bersalah sangat rasanya kalau aku gagal. Sebenarnya aku takut gagal lagi. Semoga segala hal aku dipermudahkan. Amin.

Sesat cari dewan
Exam bermula pukul 9 pagi, tapi sepatutnya 30minit lebih awal kena ada dekat sana. Tapi aku ni datang agak lewat skit, aku pun tak tahu macam mana bajet ingat sempat la sampai. Sempat sampai dekat PICC tu memang sempat sampai. Tapi bila dah masuk dalam bangunan tu aku hampir sesat mencari dewan 6 & 7. Bila aku masuk kat level tu, aku tengok ada ramai orang. Ada orang ambil gambar la, ada orang jual bunga. Rupa-rupanya ada student konvo kat situ. Lepas tu aku ternampak ada satu kaunter pertanyaan dan aku bertanya " err kat mana ye tempat ni" sambil aku tunjuk surat spa tu. Orang tu cakap "sorry kami tak tahu, kami dari pihak universiti". Adus... Jadinya aku memang tak tahu nak tanya sapa lagi sebab semuanya aku tengok dari pakaian mereka, mereka ni orang nak konvo. Aku jalan sana jalan sini nak cari kat mana dewan tu atau ada apa petunjuk kat mana exam tu. Kemudian aku naik escalator nak tingkat atas, lepas tu aku ade ternampak satu kaunter kecik dan ade orang kat sini, tak tahu la mereka ni orang universiti atau apa, then aku tanye " nak tanya, saya ade exam, kat mana ye tempat exam tu?" Nasib baik dia jawab "oo.. Turun tingkat bawah, belok kanan dan ditepi yang ada cermin tu" Adoii lega dah aku, tapi aku tengok jam lagi 2 minat nak pukul 9, memang kelam kabut le aku cari dewan 6 & 7. Masuk je dalam dewan dah gabra risau tak sempat nak jawab, memang ngam2 aku baru duduk exam tu dah mula. Itu le padahnya lain kali DATANG AWAL... Dah le tempat tu tak pernah pegi, besar plak tu, mau tak sesat. Orang plak ramai.
Aku ingat aku dah kalah sebelum berperang. ;)


Lepas habis menduduki exam, aku rasa lega sangat, Alhamdulillah. Soalannya lebih mudah dari yang aku sangkakan. Tapi macam biasa la ada soalan yang boleh jawab & ada jugak yang tak dapat jawab, tapi tak pe jawapannya ada ABCD (soalan objektif). Apapun tunggu keputusannya bulan depan (Julai)




Jalan-jalan pulak ke Putrajaya

Sebenarnya sebelum ni dah beberapa kali aku pernah menjejak kaki ke Putrajaya, apa yang boleh aku katakan tentang Putrajaya ialah wow haha... terpegun tengok bangunan yang tinggi-tinggi yang kebanyakkannya adalah bangunan badan2 kerajaan. Suasana dia tak sesak macam kat KL, lebih cool gitu. Best la kan tak ade berserabut dengan kesesakan.






Permandangan dari atas PICC. Gambar ni di ambil lepas aku dah habis exam. Sementara nak tunggu Mak & Saudara mak datang ambik. Angin masa ni kuat.

PICC. Ni permandangan luar PICC.

Alamanda









Farah AF


 



Ahad, 27 Mei 2012

Kerap berbohong adalah satu penyakit - Mythomania



Kenapa ye ada sesetengah manusia suka berbohong? Meraka akan berasa gembira dan bahagia apabila berbohong. Pembohongan yang kerap menyebabkan mereka tak sedar mereka sedang berbohong. Kerap berbohong merupakan satu penyakit. Mesti ramai yang anda jumpa manusia yang spesis ini yang suka berbohong dan bercakap besar tentang segala-galanya kan.

Dari sumber yang diperolehi daripada sumber internet, jom baca ini:-

Mythomania Alias Si Tukang Bohong!
(Source 1)

Mythomania adalah suatu kondisi (mental) yang melibatkan orang berbohong secara kompulsif tanpa motivasi yang jelas. Orang yang terkena mungkin akan percaya bahwa kebohongan mereka sebagai kebenaran, dan kebenaran dapat dikembangkan untuk menciptakan mitos agar berdamai dengan fakta lain.

Sementara pembohong patologis adalah seseorang yang seringkali membumbui ceritanya sehingga orang tersebut yakin akan mengesankan orang lain. Ini mungkin yang dikatakan bahwa seorang pembohong patologis berbeda dari pembohong yang normal, pembohong patologis percaya akan kebohongan yang dikatakannya adalah benar setidaknya di depan umum dan 'memainkan' peran.

(Source 2)

Mythomania Syndrome
Terobsesi dengan Khayalan Tingkat Tinggi
Pernahkah anda terobsesi atau berkhayal untuk memiliki barang-barang mewah tapi tak mampu mendapatkannya? Hati-hati, jika berlebihan hal ini bisa membuat jiwa Anda tak sehat.
Mungkin hal ini memang pernah ada dalam benak kita. Ingin mempunyai barang-barang serba mewah dan kehidupan yang serba tercukupi. Hingga membuat kita suka berkhayal dan tanpa disadari kita menyampaikan khayalan itu kepada orang lain. Terlalu terobsesi hingga lupa diri dan tak menyesuaikan diri dengan kenyataan yang ada. Tak jarang orang suka mengada-ada mengenai gaya hidupnya.
Ahli psikologi Zikri Neni Iska mengatakan, jika suka berkhayal tingkat tinggi dan suka mengaplikasikannya dalam dunia nyata atau bahkan sering menyampaikan khayalan tersebut kepada orang lain, hal ini patut diwaspadai.
Contohnya, jika Anda suka mengatakan pada teman, punya rumah di kawasan Pondok Indah, kenyataannya rumah Anda di Cililitan. Hati-hati, hal ini bisa membawa pengaruh buruk dalam hidup atau bahkan Anda bisa dicap sebagai pembohong dan gangguan kejiwaan. Mereka yang suka melakukan kebohongan jauh lebih banyak dari umumnya, maka hal ini dikatakan sebagai Pseudologia Fantastica.
"Dan orang yang suka melakukan kebohongan secara sadar dan suka membuat cerita khayalan, maka ini disebut mengidap penyakit Mythomania,” ungkap dosen Psikologi ini.
Apa Itu Mythomania?
Mythomania adalah kecenderungan berbohong untuk mengelabui orang lain dalam rangka membantu dirinya sendiri mempercayai kebohongannya sendiri. Penyakit ini sudah lama ada pada diri manusia. Apalagi penyakit ini merupakan kebohongan yang terjadi secara terus-menerus dan berkelanjutan serta bisa dijadikan suatu kebiasaan dalam diri seseorang.
Mythomania ini berbeda dengan kebohongan yang dilakukan orang pada umumnya. Kebohongan yang dilakukan diluar kesadarannya dan tak menyadari bahwa orang merasa terganggu dengan kebohongannya itu. Karena bagi orang yang mengidap ‘penyakit’ ini merasa penting bagi dirinya untuk mendapat pengakuan sekeliling terhadap dirinya. Mythomnia ini dapat dikatakan sebagi suatusyndrome karena syndrome terdiri dari beberapa ciri klinis, tanda-tanda, simtoma, fenomena atau karakter yang sering muncul bersamaan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Mythomania ini adalah kegagalan. Dalam hal ini, kegagalan yang dimaksud adalah tidak tercapainya impian-impian seseorang yang sudah lama ingin didapatkannya. Kegagalan yang berkepanjangan ini bisa mengakibatkan seseorang berbuat seakan-akan nyata, namun sebaliknya.

Penyakit Berbahaya Mythomania
Mythomania bisa dikatakan penyakit berbahaya. Sebab, yang mengidap penyakit ini akan dijauhi oleh orang lain atau bahkan tidak punya teman dalam pergaulan.karena seseorang yang mengidapnya memiliki psikis yang tidak menyadari akan kebohongannya tersebut.
Salah satu cara untuk menghilangkan penyakit ini adalah segera melakukan konsultasi kepada Psikiater (ahli penyakit jiwa klinis yang dapat diterapi dengan obat-obatan). Penyembuhan ini tidak dapat berlangsung secara cepat karena membutuhkan proses yang lama dan berkelanjutan. Jika masih belum dalam tahap penyakit, maka masih bisa melakukan konselor dengan Psikolog.
Perlu diketahui jika penyakit ini tidak hanya menyerang masyarakat perkotaam yang penuh tuntutan hidup serta terbiasa berbaur dengan kehidupan mewah, tapi juga bisa menyerang masyarakat pedesaan yang tidak dapat menyesuaikan potensi dirinya dengan kenyataan yang ada. Dampak psikologis pengidap Mythomania ini adalah timbulnya rasa frustasi yang tinggi berdasarkan pengalaman mengalami kegagalan-kegagalan dari impian atau dambaannya.
Mythomania dapat diobati lewat cara terapi dan konseling dengan psikiater untuk menemukan potensi dasarnya dan impian-impian untuk disesuaikan dengan cita-cita hidup. Jika metode ini belum tepat, maka perlu konseling untuk diberikan paparan nyata yang harus diterimanya dan disesuaikan sehingga tidak terlibat problema-problema atau frustasi. Bagi Anda yang mungkin menemukan orang yang mengidap Mythomania, sarankanlah untuk segera pergi ke psikiater. Karena kalau hanya berupa teguran, pasti tidak akan berhasil. Perlu diingat, orang yang mangidap Mythomania ini tidak sadar bahwa dirinya sedang berbohong.


Khamis, 24 Mei 2012

Bengkel Jahitan Manik & Jahitan Langsir


Salam.. Lama tak update blog ni. Nak share satu perkara yang aku suka buat tapi baru sekarang ada peluang nak buat.  Aku teringin nak belajar menjahit, teringin nak jadi pandai menjahit. Sebab aku fikir kemahiran menjahit ni adalah satu kelebihan yang menguntungkan.


Bengkel Jahitan Manik


Pada 7hb Mei 2012, ada satu bengkel jahitan manik diadakan di kawasan Ipoh selama 1 hari sahaja. Ia adalah bengkel jangka pendek iaitu selama 1 hari sahaja. Sebelum ni aku memang ada menjahit manik kat baju sendiri cuma tak tahu teknik asa nya yang sebenar. Oleh itu bengkel ni satu peluang yang baik. Belajar teknik menjahit yang sebenar.


sebelum lukis dulu ;)



tak sempat nak siap




Contoh cikgu tu punye


Peserta-peserta

Dah siap







Bengkel Jahitan Langsir


Bengkel Jahitan Langsir pula diadakan pada 19 & 20 hb Mei 2012. Sebenarnya tak berapa minat sangat nak belajar jahit langsir ni. Tapi mak suruh pergi je belajar. Lepas dah belajar rasa seronok pulak tengok hasilnya, rasa excited & nak buat lagi. ;)


Contoh lansir yang siap



nampak sangat kekok menggunting ;)

Kat sini tempat belajar tu




Dah siap cantum... cume tak letak lagi rambu ramba

Yang ini patten box plate... kecik je sebab hanya buat untuk sample

Peserta-peserta


- END -




add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...