Iklan

Thanks Followers!

Rabu, 1 Jun 2011

Kurus itu cantik?

 
Bentuk badan yang slim, kurus memang menjadi idaman para wanita mahu pun lelaki. Ramai orang berlumba-lumba untuk menguruskan badan walaupun badannya tak gemuk sangat. Ramai yang mengambil langkah kurang bijak dengan diet secara tak sihat. Teringat kawan masa di Khidmat Negara, badan dia ni cubby skit, tak la terlalu gemuk tapi dia selalu tak nak makan walaupun di Khidmat Negara tu bagi makan 6 kali sehari. Dia lebih rela makan cekedis dan megi sebab nak kurus. Makanan ringan..?? makanan yang tak sihat. Nak nasihat kan pun macam tak masuk aje, jadi  biar saja. Di sebabkan orang menganggap kurus itu cantik, jadi semua gigih nak kuruskan badan.


Orang nak kuruskan badan ni sebabnya ialah:
- Senang nak pakai baju apa saiz pun bole, senang nak pilih baju.
- Malu la perut menggelebeh.(kalau malu tutup aurat)
- Susah nak berjalan, peha pun berselisih (yang ini kesian)
- Kalau kurus nampak lebih cantik (ada betul)
- Kurus senang nak berlari, kurang letih.
- Kurus kurang dapat penyakit


Tapi kalau kurus sangat, lawa ke..? tengok macam ni:-





It scary right?
Tak nak la macam ni. Aku belum pernah kategori macam ni lagi. Ohh Titak. Dulu aku ingat aku ni  tahap yang kurus sangat, rupenye ade lagi kurus gila-gilaan macam ni.

Tapi aku respect orang yang berjaya turunkan berat badan secara mendadak. Walaupun aku tak tahu bagaimana cara sebenar mereka ini berjaya kuruskan badan, aku sememangnya tak boleh imagine ape amalan pemakanan dia orang sehingga jadi kurus. Biasanya yang aku dengar kalau nak kurus cepat jangan makan nasi. Betoi ke? Dua hari aku tak makan nasi dah lapo nasi dah mengelupor (kate orang perak). Macam mana ye kalau tak makan nasi dalam tempoh berbulan-bulan. Lama-lama aku boleh faham la skit-skit, sebenarnya ia agak menyiksakan dan perlukan tahap kecekalan dan kesabaran yang tinggi. Itu yang gua respect tu, sebab bukan semua orang mampu.

Kita tengok contoh Aizat Amdan (AF), dulu masa di AF bukan main besarnya badan dia, tapi.....

Dulu

Sekarang... ha hambik kurus gilerrr....

Berbeza sangat kan dulu dan sekarang. Dulu gemuk tak sapa nak pandang, biladah kurus saham tinggi ooo.. ;)
Kurus ke gemuk ke yang penting sihat, dan jangan lakukan sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan. 
Amalankan cara hidup yang sihat.

-SIHAT-

Ahad, 29 Mei 2011

Jom layan JAMBU

okong Jambu... Jom layan video Maharaja Lawak .Jambu  adalah pesrta Maharaja Lawak yang paling kelakar aku rasa. Lawak mereka tetap kelakar, walaupun takde content yang nak disampaikan. Lawak mereka tersendiri. Tengok muke Yus & Tauke je aku dah rasa kelakar. Harap-harap Jambu yang akan menang Maharaja Lawak. Pertandingan yang menyengitkan, saingan sengit mereka adalah Jozan, Sepah & Nabil.
 Persembahan setiap minggu yang tidak menghampakan, bagi aku mereka sangat kreatif. Setiap minggu mesti tak miss nak tengok Maharaja Lawak.
Ape pun Good Luck for Jambu.
Jom layan Video Jambu di Maharaja Lawak:-

Muka Legend Hati Kiut

Jom layan video daripada Kumpulan Jambu:-
(video akan di update dari episod ke episod hingga ke final)

Minggu Pertama:
Tengok kat sini Jambu Paling Klako

Khamis, 26 Mei 2011

Kerja sangat letih dan stress

Stree ye kak...
Kerja tak berpangkat tinggi tapi kerja dikerah macam nak mati. Masa selalu aje tak cukup nak settle semua kerja. Nama aje kerja duduk dalam office. Ye memang, memang duduk dalam office dan buat kerja office. Hanya jawatan kerani, tapi sangat meletihkan setiap kali balik kerja rasa nak pengsan. Aku kerja kat bahagian sales, jual barang tapi duduk di dalam office aje hanya sebagai clerk. Ambik order, mintak order dari store, kemudian store hantar barang dan barang yang store hantar aku kene hantar sendiri ke tempat lagi satu tu. (dalam kilang jugak la). Masalahnya kadang tu barang tu berat, besar. Tapi nak tak nak aku kene jugak hangkut barang tu dari satu tempat ke satu tempat. Hari-hari rasanya kene ngangkat kotak. Kadang-kadang orang push nak barang cepat, kerja pun jadi kelam kabut. Bila lambat atau salah bagi barang kene pulak marah. Barang tak ade stock kene marah. Aku faham, dia orang yang kat sana tu dah kene marah dengan customer dia orang bila barang lambat supply. Yang ini aku tak ade runsing sangat, dah memang dari start keje lagi memang selalu jadi macam ni. Tapi yang buatkan aku tension ni, kerja aku di tambah-tambah lagi oleh mereka yang tak faham. Aku dah tak terdaya nak buat sorang. Betul2 rasa nak lari je. Tengok le kalau sampai satu tahap aku tak tahan memang aku akan lari. Aku tak boleh tension lepas tu orang asyik nak marah. Mau gila ni.. Tunggu pulak nanti bulan 6 atau 7 nanti kawan aku nak pergi beranak (betul menyusahkan), tengok la kerja dia mesti akan tolak ke aku nanti. Aku betul2 rasa tak mampu dah sekarang ape tah lagi nak ditolak kerja orang lain kat aku. Sabar jela. Letih le bersabar. Tengok la nanti... 

Mood : spoil

Isnin, 23 Mei 2011

Birthday ke 25

HaPpY BiRtHdAy To Me.. hehe..

23 Mei 2011 adalah ulang tahun kelahiran ku yang ke 25. Pejam celik pejam pelik dah 25 tahun. Kejap je masa berlalu. Dah tua.. (hampeh...) --- Tapi stil nampak mude.. ceh..

Sempena birthday ku ini, mari layan video ini:-

Ape wish untuk birthday tahun ini? Harap akan di murahkan rezeki banyak-banyak dan hidup bahagia di dunia dan akhirat. Selain itu bab jodoh pulak... alamak.. hehe yang ini belum lagi walaupun dah berusia 25 tahun, kalau orang lain umur macam ni dah beranak pinak dah. Kalau ade, adelah okeh..hehe..
Apa yang aku harapkan ialah akan di murahkan rezeki. Contoh: naik gaji... naik pangkat (mesti le dengan naik gaji)... mendapat pekerjaan yang lebih baik.. supaya aku boleh mengembirakan mak ayah dan mereka boleh bangga.

Terima kasih kat kawan sekerja (Stacy, Abby, Kak Su, Kak Roza, Kak Ijan, Kak Ira dan Yan) sebab pakat2 belikan kek birthday ini... Ia memang lazat dan sedap...wow!! I like.


- WINK WINK-

Ahad, 22 Mei 2011

♥CONTEST ! Mencari Follower Bertuah :)) - close

 ♥CONTEST ! Mencari Follower Bertuah :))


1. Save banner di bawah ni dulu..



2. Buat satu entry bertajuk seperti dalam banner tu..

3. Ikut syarat syarat dalam banner tu dan publish entry kamu. 
tu saja.. =)

4. Kalau boleh, letak link entry qish ni pada banner contest dalam entry awok tau.. 

5. Untuk sahkan penyertaan, pastikan awak jangan lupa tinggalkan 'link' entry ni di blog qish nanti.. ingat tau ! =)

6. Tarikh tutup adalah seperti dalam banner di atas.. =)

7. Mohon help awak untuk promote contest ni pada kawan2 juga ya..

Nak Join Klik sini ;)

Tag-tag:-


-SEKIAN-

Khamis, 19 Mei 2011

Keychain Giveaway by Luna Lanun - close




Nak join klik kat sini blog LUNALANUN


Syarat-syarat penyertaan:
  • Menjadi FOLLOWER blog Luna Lanun.
  • Buat satu ENTRI mengenai giveaway ini.
  • Letakkan BANNER giveaway di atas dalam entri kamu.
  • LINK entri kamu kepada entri ini.
  • Tinggalkan link entri pada ruangan KOMEN entri ini.
  • Letakkan banner giveaway pada SIDEBAR dan linkkan ke entri Luna Lanun.
-Wink Wink-

Give-away Contest - FromKualaLumpur.blogspot.com (close)




ouh tewas.. not lucky ..huhuu ~ ~ ~

-WINK WINK-

Sabtu, 14 Mei 2011

Bahaya Panadol


Kenali panadol @ paracetamol
Panadol atau paracetamol ialah sejenis dadah kumpulan analgesik (penahan sakit) yang sangat popular digunakan di seluruh dunia untuk meredakan sakit kepala,demam,sakit-sakit ringan dan sengal-sengal badan. Ia digunakan hampir 80 buah negara di dunia. Ia amat selamat jika digunakan dalam dos yang betul. Malah Panadol yang digunakan di Malaysia telah pun disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Panadol adalah dari jenis bukan NSAID. Dalam dos normal, Panadol tidak menyakitkan permukaan dalam perut atau mengganggu gumpalan darah, ginjal atau duktus arteriosus fetus.


Adakah anda di luar sana mengamal makan panadol untuk menahan sakit? Ya saya pun mengamalkan nya apabila tak boleh tahan sakit. Sebab tak boleh nak fikir cara lain yang boleh menahan sakit. Panadol lah ubatnya. Saya kerap sakit kaki sejak kecil lagi, sakit yang melenguhkan kaki. Sakit ni betul2 akan menggangu aktiviti harian saya dan sakit ini saya memang tak boleh menahannya, jadi saya terpaksa mengambil panadol, telan 1 biji pun dah mujarab sangat. Selagi tak makan selagi tu sakit tu takkan hilang. Itulah masalah. Pergi mana-mana mesti nak kene ada panadol sebab sakit ni tak tentu bila dia nak datang.

 
Tapi tahukah kamu akan bahayanya. Panadol adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.Panadol juga kabarnya boleh merosakkan ginjal dan hati. dari sumber yang saya peroleh mangatakan bahawa panadol yang ditelan akan tinggal di dalam tubuh badan kita sekurang-kurangnya 5 tahun. Bayangkan kalau tiap2 hari kita makan panadol, mesti dah bersepuk panadol di dalam perut kita belum dihapuskan.

Gambar sekadar hiasan


Walaupun kita banyak mendengar keburukan tentang penggunaan Panadol dalam jangka masa yang panjang namun ia masih belum disahkan secara klinikal. Malah tiada kajian-kajian khusus tentang keburukan Panadol. Kalaulah ia berbahaya tentulah kementerian terlibat sudah mengharamkannya.Tapi dos yang berlebihan boleh bertukar jadi racun. Jadinya kalau sakit sangat tak perlulah makan ubat berlebihan. 
 


Info kat bawah ni saya dapat tenang alternatif lain :  

Rabu, 11 Mei 2011

Bayi berkepala dua

Bayi yang dilahirkan ini sepatutnya adalah kembar, tetapi jadi kembar yang tak menjadi apabila seorang wanita dari negara China telah melahirkan bayi ini yang mempunyai 2 kepala, 2 tangan, 2 kaki dan satu badan. Jadinya kembar ni tidak boleh dibedah untuk dipisahkan. Kesian plak bila memikirkan apa akan jadi bila bayi ini besar nanti.

Video:-


BEIJING - Seorang ibu melahirkan bayi yang mempunyai dua kepala di sebuah hospital di bandar Suining, wilayah Sichuan, China pada minggu lalu.

Bayi itu berkongsi dua tangan dan dua kaki dilahirkan menerusi pembedahan.

Kembar ganjil itu menghidap dicephalic parapagus kerana bayi berkenaan hanya berkongsi satu badan yang menyebabkan pembedahan untuk memisahkannya tidak boleh dilakukan.

Bayi seberat 4.05 kilogram dan tinggi 50 sentimeter itu dilahirkan selepas satu sel telur gagal untuk berpecah dengan sempurna dan dianggap jarang berlaku dengan kebanyakan kes seperti ini dikesan di Asia Tenggara dan Afrika.

Bagaimanapun, di Barat, pada 2009, Lisa Chamberlain dari Portsmouth melahirkan kembar Joshua dan Jayden yang berkongsi satu badan. - Agensi

***credit to carca marba 

-TAMAT-

Khamis, 28 April 2011

Join Contest Gambar Paling Cool

klik link di atas
(DAH DI TUTUP)
banner contest gambar paling cool
Nak join jugak, tak kire walau sape pun dia punye penganjur.. hehe.. Tak penah join contest, ni le petama kali join. Kalau menang ade dapat hadiah ooo... Ape ke hadiahnya masih dirahsiakan oleh pihak penganjur. Kalau boleh bio le hadiahnya percutian ke Eropah.. haha.. berangan je lebih. kui kui.. Mari join untuk suke-suke ;) Dah join pasti suke punye... ;)

Nak join klik sini

Gambar yang dipertaruhkan... jeng .. jeng.. jeng..

Rabu, 27 April 2011

Sebab apa jerawat tumbuh menjembikk-jembikk?



Jerawat! eeuw bencinye bila dah naik kat muka, menakutkan pun ada. Jerawat ni masalah kulit yang yang selalu merosak penampilan seseorang. Apakah faktor sebenar kewujudan jerawat di wajah atau mungkin juga di badan. Jom kita ketahui punca dan sebab kenapa jerawat tu muncul menjembik-jembik kat wajah kita yang dulunya bersih dan suci.

Tujuh sebab jerawat tumbuh yang perlu kita ketahui:-

Ahad, 17 April 2011

Watak - watak dalam Dragon Ballz


Dulu masa zaman sekolah, aku selalu layan cerita animasi Dragon Ballz yang ke udara pada hari sabtu dan ahad jam 9.30 pagi di TV2. Selalu kunci jam sebelum 9.30 sebab takut terlepas sebab bila cuti selalu tidur lewat. Sampai ada sekali tu , dah kunci jam dah bangu dan dah tercongok kat depan televisyen pukul 9.30 sambil terbaring, disebabkan ngantuk lalu aku tertidur, tapi tv pasang. Bila sedar balik tengok cerita dah abis... Adoooi...

Lama jugak aku follow cerita ni dari umur 15 tahun sampai umur 19 tahun baru la cerita dia habis. Tapi sayangnya masa cite tu last episod aku tak tengok. Adooiii..keciwanyaa....

Ni la karun kegemaran dulu masa zaman remaja dulu.. hehe. dari Goku kecik sampai la dia besar dan ada anak. Nak mengingatinya, jom imbas balik watak-watak popular dalam siri dragon ballz:-



Watak-watak utama dalam siri Dragon Ballz

SON GOKOU:Lebih dikenali dengan nama Gokou sahaja,inilah watak utama dalam semua siri Dragon Ball.Dibesarkan oleh datuknya(sebenarnya datuk angkat) iaitu Son Gohan di sebuah hutan yang terpencil.Nama sebenar Gokou ialah Kakaroct,berasal dari planet Vegeta dan berketurunan Saiya.Sebenarnya Goku dihantar ke bumi untuk memusnahkannya.Gokou dianggap sebagai seorang yang lemah dan oleh itu sesuai untuk memusnahkan bumi.Pada mulanya Gokou adalah seorang yang bengis,namun pada suatu hari dia telah terjatuh dan kepalanya terhantuk pada seketul batu.Detik itulah yang mengubah sifat Gokou menjadi seorang budak yang baik dan selalu membantu orang.Gokou pernah mati sekali ketika berlawan dengan Radietz tetapi dihidupkan semula dengan mutiara naga.

SON GOHAN:Inilah anak Gokou yang pertama hasil perkahwinan di antara Gokou dengan anak raja Gyamaou,Cici.Gohan pada mulanya bercita-cita untuk menjadi seorang pendeta,tetapi setelah kematian Gokou(di dalam perlawanan dengan abang Gokou;Radietz),Gohan diajar oleh Piccolo ilmu mempertahankan diri sebagai persiapan menunggu kedatangan dua orang lagi keturunan Gokou;Vegeta dan Nacpa yang akan datang ke bumi untuk memusnahkannya.Piccolo menyedari kekuatan terpendam Gohan dan mengajarnya cara-cara mengawal kekuatan tersebut.Lama-kelamaan Gohan sudah dapat memahirkannya dan bersama-sama membantu Gokou dan perwira-perwira Z(sahabat- sahabat Gokou) menentang kejahatan.

SON GOTEN:Son Goten adalah anak kedua Son Gokou dan adik Gohan.Goten tidak sempat melihat wajah Gokou sejak hari kelahirannya kerana Gokou telah mati dalam pertempuran dengan Cell.Goten dapat melihat wajah Gokou kali pertama ketika Gokou menyertai pertandingan kungfu antarabansa.Gokou telah diberi peluang untuk kembali sehari ke bumi dari alam barzakh.Goten muda setahun dari kawan karibnya,Trunks.Goten dan Trunks sejak kecil lagi hebat berlawan dan apa yang paling memeranjatkan Gokou,Vegeta dan Gohan ialah mereka berdua boleh berubah menjadi Super Saiyan pada umur yang begitu kecil.

Sabtu, 16 April 2011

Entri blog dikatakan tak menarik...? Sampah????


Salam, tadi baru jap ni, sedang aku berblog walking, aku terjumpe satu blog ni bercerita mengenai blog sampah. Ade ke blog sampah? Ape ke maknenye sampah tu? emm... Maknenye blog entri yang tak ade kualiti... erk... oooo... baru I tau. (!@#$%^&*)

Jumaat, 15 April 2011

Nak tengok Maharaja Lawak kena langgan Mustika





Minggu pertama & minggu ke 2 boleh syok2 tengok Maharaja Lawak kat Astro Prima. Untuk minggu ini hanya siapa yang ada melanggan Mustika aje boleh tengok kemeriahan kelawakan, kekecohan, kegelian perutan, kegilaan Maharaja Lawak. Haa sabo jele (kepada yang tak melanggan). Betol2 potong stim nak tengok Maharaja Lawak.

Tapi dulu kan masa Astro Mustika pertama kali diperkenalkan, masa tu lagi aku dah masuk itu pakej. Sebab pakej yang lain langsung tak amik macam HBO, ANIMAX, SPORT, National Geography. Hapah pon tarak. Mahal le nak amik sume tu. Tapi tak sangka pakej Mustika ni best jugak. Boleh tengok Maharaja Lawak sampai abis episod... huhu.. (eksyen plak post aku ni...)--- sorry!

Tak pe kalau takde langgan mustika, esoknye boleh tengok kat YouTube, mesti ade je yang pantes mengupload vidoe nya. (Sabo jele kepada Astro).

 -SEKIAN-

Ahad, 10 April 2011

usopbook - Usop wilcha punya laman sosial


Dasyat tol penangan si Usop Wilcha ni yang berlakun cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah dan semenjak dia muncul kat Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 minggu lepas, kebanyakkan blog sume dok cita pasal dia.

Tetiba tadi aku terjumpa picture di atas ni, bayangkan Usop Wilcha ada laman sosial macam facebook, itu le ropenya. haha.. Kelako kelako...

-KITA BAKOR-

Bagaimana proses telur tiruan?

Ada dengar tak sekarang ni isu telur tiruan? Pelik kan telur pun boleh tiruan. Surat khabar Kosmo telah mendedahkan cerita telur ayam tiruan di pasaran membuatkan rakyat Malaysia menjadi berhati-hati nak membeli telur. Sebab telur tiruan ni mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya yang terdiri dari natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon. Di mana kesan daripada memakan telur ayam tiruan dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.

Video di bawah ni adalah macam mana proses telur ayam tiruan ini dibuat sehingga mengerupai telur asli. Proses video ini dilakukan di negara China. Orang negara China ni memang dasyat meniru barang asli menjadi satu barang tiruan sehingga sukar membezakan sama ada asli atau paslu. Yang heran telur pun boleh buat tiruan...






Sabtu, 2 April 2011

Jambu paling klako


Punye hari tu tak sabar sangat rasa nk tengok Maharaja Lawak Astro, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari jumaat lepas bermulalah Maharaja Lawak. Tapi tibe2 baru tgh syok nk tgk Maharaja Lawak, eem tetiba ada gangguan plak.. adoi.. tp bukan gangguan tv, adela gangguan lain.. emm serios hampee siot, dari kol 8.30 dah terpacak kat tv.. Jadinya keesokan harinya tengok ajela siaran ulangan.

Maharaja Lawak minggu kedua Jumaat depan di Astro Warna dan Astro Prima. Selepas minggu kedua, hanya Astro Warna akan menayangkan Maharaja Lawak. Jadi kena lah langgan Astro Mustika untuk dapat siaran Astro Warna. (naseb bek kat umah ade masuk pakej tu...huhu..)

Jom layan video lawak dari kumpulan Jambu, yang aku rasa mereka la yang paling lawak malam tu.. Serios nak pecah perot gelak...haha..



Jozan
Kesian mendapat kritikan hebat dari Mamat Khalid, mereka ni dah pro tapi buat lawak macam biase dia orang buat kat mane2 show.


Sepah
Boleh tahan, lebih baik dari Jozan.


XN3
Boleh tahan, ada jgk rasa nak gelak



Jihan
Biase2 aje...

Amir
Dia selalu cakap tak lancar. Kureng la dia...


Balas
Lawak di anggap terbaik, tapi suka buat lawak double meaning. "karipap" la, "pau" la... cet.. tapi tang tu pun orang dok suka depaa...

R2 & Man
Mereka ok, lagi pon masih fresh kuar dari Raja Lawak 5, idea pon fresh jgk...

Nabil
Tak sangka lawak masih seperti dulu.Good job... (salah tanggapan pada mulenye.. dia tak membosankan)

Alex
Asyik buat lawak pasal badannye.. Tapi suke tgk cara dia cakap... Sabah baa..

Wai
Teruk la sebab condemn member sendiri sebab lupa. Takde kerjasama.

Jambu
Paling lawak. aku suke.. hehe...Muke si Yus & Taukeh tu muke lawak...


This is my opinion, pendapat orang mesti lain2. Cume nak share pendapat je, bukan nak jadi juri pon.. hehe..

-SEKIAN-

Isnin, 28 Mac 2011

Maharaja Lawak!


Lepas Raja Lawak dah abis, akan ada rancangan baru, Maharaja Lawak start 1 April 2011 di Astro Prima & Warna. Hui serios tak saba nak tengok. Mana rope gaya rancangan ni. Macam Raja Lawak la kot. Tapi yang bertanding semua adalah bekas finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga ke 5. Ada yang dulu nya peserta solo dah di gandingkan berkumpulan.
Bagi hadiahnya pula, juara Maharaja Lawak bakal menerima RM 300 000, naib juara RM 200 000 dan tempat ketiga bakal menerima RM 100 000.

Dan Ini senarai peserta yang akan bertanding untuk Maharaja Lawak:-

Ahad, 20 Mac 2011

Cara nak elak virus masuk ke Pendrive @ PC

Salam 1 Malaysia. Saya nak share, macam mana nak elak virus masuk ke Pendrive dan terus ke komputer. Untuk hilangkan virus yang dijangkiti pada pendrive, caranya senang saja iaitu FORMAT kan semula pendrive itu, tapi kesannya data-data dan file-file di dalam pendrive akan lesap.

Jadi sebelum pendrive & komputer dijangkiti virus. Sila guna cara ini yang lebih selamat dan mudah walaupun nampak remeh, tak lah remeh sangat.

1. Bila cucuk pendrive ke USB hub, beberapa saat kemudian akan keluar seperti gambar di bawah, so jangan klik ok di mana2, sila klik CANCEL @ pangkah.

 




Jumaat, 18 Mac 2011

Lagu PLKN yang pertama (2004)


Ni kan lagu PLKN yang tahun tahun 2004, hari2 nyanyi lagu ni masa kat PLKN dulu, rindu lee... Aku jumpe lirik lagu ni, tapi lagunya aku dh tak ingat macam mana nak nyanyikan nye. huhu.. Cuma part yang mule2 je ingat, yang bawah2 tu dh tak ingat dah. Cuba gak cari lagu ni dalam you tube, tapi hampe.. :(
Tajuknya ape ye dah lupe jgk..huhu... Sapa yang ingat lagu ni, mari lah nyanyi dan ingat2 kan balik..


Kami anak- anak Malaysia
pelbagai bangsa pelbagai budaya
kami sehati sejiwa
berganding tangan demi negara


Malaysia negaraku yang indah
aman sentosa neraga maju jaya
kami sedia menyumbang tenaga
demi kedamaian negaraku tercinta


minda tinggi teknologi terkini
tegakkan jati diri tak tersisih
kami sahut cabaran dunia
warga remaja generasi berjaya


minda tinggi teknologi terkini
tegakkan jati diri tak tersisih
kami sahut cabaran dunia
warga remaja generasi berjaya


kami anak-anak Malaysia
bersepadu menghadapi segala
kami sehati sejiwa
berkhidmat demi negara
kami generasi
kami generasi
berjayaaaaaaa

-END-

Selasa, 15 Mac 2011

Kuasa make up


Betoi ke kabanyakkan perempuan cantek sebab make up. Tanpa make up mereka kurang cantek ke atau tak cantek langsung. Ada yang memang betoi2 cantek, natural beauty, tak make up pun cantek. Nak tau muka natural beauty ke tak muka masa bangun tido. Itu le muka sebenar. Jangan terperanjat ye wahai lelaki. hehe... Selalunya kan lelaki selalu terpesona dengan wajah perempuan yang cantek, tak kisah masa tu wajah bermake up ataupun tidak, asalkan cantek sapa tak suka kan. Heh biasa la tu.

Semua perempuan boleh jadi cantek dalam sekelip mata aje dengan kuasa make up. Oleh itu wahai kaum perempuan, mari le kite make up untuk kecantikan diri. Tapi ikut la, jangan over atau boleh merosakkan kulit, yang penting kulit bersih dan sihat.

Bagi kaum lelaki mungkin mereka tertipu apabile melihat picture transformasi oleh kuasa make up ini. Mungkin ramai beranggapan, "loo tak le cantek sangat muka asalnya" kecewa yee.. padan muka..hehe..

Mari tengok gambar di bawah ini:-

Jumaat, 4 Mac 2011

Nak Tarik Perhatian ke? Tolong le....

Nak merajuk-rajuk nak amik perhatian ke? eeii tolong le. Aku ni sapa bukan ada apa-apa. Kenapa nak nk macam tu plak. Rasa menyakitkan hati aje. Aku benci le orang yang tibe2 suka nak merajuk pastu nk sentap2 benda ntah apa ntah. Nak tarik perhatian le tu. Tolong buat perhatian cara lain le incik! Cara tak matang tu namanya. Cara lapuk..haha.. Motif nya: TARIK PERHATIAN, mintak dikesiankan...tak sian pun. haha.. Kalau aku sian nanti sapa plak nak sian kat aku...haha..Lepas tu nanti berterus-terusan la mintak kesian...haha.. tak sior... huhu..
Macam eksyen je kata-kata aku ek...haha.. ni hanya pendapat ku, dont be hipokrit. Hidup dalam dunia hipokrit sangat membosankan, menjadi plastik surgery... oh tiitakk!!!

 
-END-

Jumaat, 25 Februari 2011

Kawan masa kecik kawen

Tahniah kepada my friend Aimi Faridah dan pasangannya kerana telah melangkah ke fasa seterusnya iaitu ke alam perkahwinan. Semoga kekal sepanjang hayat. Tarikh keramatnya pada 19 
FeB 2011. Kisahnya sampai ambik cuti jugak le sehari sebab nak memberikan komitmen kat majlis kawen my friend Ida ni. Apa-apa yang patot di tolong tu aku tolong, kita kawan dah lama dari kecik lagi kan, Then bila Ida kawen soalan yang orang suka nak tanya ialah " lepas ni sapa plak yang kawen lepas Ida, antara lia ngan athirah" hehe.. no komen...

Gambar di sekitar majlis:- 

Ida make up time nikah

Sah suami isteri

Rabu, 9 Februari 2011

Tak tau la pesyen2 ni

Simple... Itulah saya. Fesyen...? apa pon tak tau.. Tak la.. Maksudnya aku tak mengikuti fesyen sangat. Aku suka pakai apa yang aku rasa selesa. Suke tengok orang bergaya kadang tu. Dalam hati berkata "Eh lawanya.. sangat sesuai bergaya" Pastu berangan jap macam mana kalau aku bergaya macam tu? Setelah pikio, oh tidak aku segan nak bergaya-gaya. Bila terlalu bergaya kau rasa agak menarik perhatian, mesti la orang pandang maa.. dengan mata terbeliak "wow amazing"
Hakikatnya sejak dari sekolah lagi aku bukan seorang yang bergaya. Kadang-kadang pakaian aku di kritik..heh... Sebab sebenarnya aku terigan juga nak bergaya, tapi masalahnya taste aku tak de. Tapi bila dikritik aku malu la dan tak nak pakai lagi. Terima kasih kepada yang pernah tegur pakaian aku, sebelum rupa menjadi mengarut. thanks ;)
Jadi setelah itu aku jadi berfikir dan bertindak, pakai la pakaian yang biasa-biasa. Contohnya, baju lengan panjang & jeans, baju t-shirt dengan inner lengan panjang kat dalam. Gaya ni lebih selamat kan. Kadang-kadang aku terfikir orang yang pandai bergaya tu sebenarnya dia memang lahir semula jadi pandai bergaya ke? sebab kan bila orang pakai ape aje mesti match & nampak cantek sangat. Tapi ce try aku plak pakai macam pokok krismes le gamaknye yek.. haha.. Aku semakin improve dengan pakaian aku, tapi bukan la terlalu bergaya yang terlalu menarik perhatian.

Gambar di bawah ni adalah  model laa.. ingat apa..haha..Pakai begini ok le tuh.. nak kritik..? ahh kritik la...

Seluar slack, t-shirt, inner, beg
Lengan panjang, beg tangan, jeans, kasut sukan (tak nampak)haha


yang ni rasa ok le skit.. ye kot ;P
Fail! Beg tali panjang, baju dah lusuh, tudung kaler lain, jeans


- END -

Sabtu, 22 Januari 2011

Dulu aku pelat "R"


Mesti ramai kan yang sebenarnya gagal nak sebut huruf "R". Ha ce sebut ce sebut...  Kenapa ye tak boleh nak sebut huruf R ni, susah sangat le. Tak boleh nak sebut perkataan yang ada huruf R, sebenarnya bukan sebab yang semula jadi tak boleh sebut. Ada yang cakap bila dah besar tak boleh nak ubah, sampai bila-bila pun tak boleh sebut huruf R sebab lidah dah keras. Betul ke?

Sebenarnya aku juga mengalami masalah yang sama iaitu tak boleh nak sebut perkataan yang ada huruf R sejak dari kecik. Malu sangat bila ada orang kutuk kita yang tak boleh nak sebut dengan jayanya. Rasa macam nak nangis je, nak marah pon tak boleh, orang tetap nak kutuk jugak. Orang yang mengutuk tu seronok je gelakkan orang yang pelat R ni. Kadang-kadang mereka yang suka kutuk ni saja nak suruh kita sebut R, nak dengar sebutan R yang fail tu macam mana. "ce kamu sebut Ferero Rosher". Hadoi memang fail la rasanya bila nak sebut perkataan tu yang ada banyak huruf R. Bila sebut jugak lepas tu mereka akan gelak... HAHAHHAHA dan mengajuk balik cara sebutan kita yang salah tu... Dalam hati rasa nak mencarut je, .. Bengangnye... Tujuannya nak malukan orang.

Dari kecik lagi aku memang tak boleh sebut  huruf R, dah banyak kali cuba dan praktis tapi tak boleh jugak, sampai aku fikir dah macam ni redho jela sampai bila-bila.

Tapi akhirnya.....pada tahun 2009... lidah ni dah boleh sebut R ;)
Kisahnya macam ni, dulu aku ni suke rekod suara kat phone, cakap la , nyanyi la, pastu dengar baik, lepas dengar  gelak soang2 & delete balik..hehe... Aku selalu cuba sebut huruf  R dan rekod  dalam phone kemudian dengar balik, sebab nak tahu macam mana bunyi bila aku sebut huruf. Memang kantoi sebutan R. Aku cuba vibrate kan lidah, dan cuba dengar kat phone yang direkod.

Caranya vibrate kan lidah kat lelangit belakang gigi atas dan keluarkan bunyi "ttrrrrrrrrr". 
Ok cube... cube lame2 & banyak kali. Kalau nak tau bunyi "r" tu ok ke tak, cuba record dan dengar balik. Sebab apa yang kita sebut dan apa yang kita dengar lain bunyinye.


Biasanya orang yang pelat "r" ni dia tak sedar bila dia sebut "r" bunyi "argh" (pelat). Itu sebab kalau nak tau cuba record dan dengar balik sebutan anda setelah keluarkan bunyi "tttrrrrrrr..."


Bunyi vibrate trrrrrrrr tu boleh menghasilkan bunyi R, bila dah tau buat bunyi "trrrrrrrrr", cuba tukar bunyi "trrrrrrrrrrrr" kepada bunyi "aarrrrrr". Itu macam ;)



Akhirnya dah tau dah nak sebut huruf R yang selama ini yang tak tahu tu.  Dah bertahun lamanya tak tau rupanya itulah bunyi R. Kalau la aku tahu dari dulu itu bunyi R, dah lama aku reti nak sebut R. Syukur seronok rasanya, macam tak percaya sudah. Sebab benda ni kadang-kadang mengurangkan yakin diri bila nak bercakap dengan orang.

Lepas ni tak de lagi malaun2 & lahabau2 nak kutuk lagi. Mula-mula kekok jugak nak sebut R guna cara macam tu, lama-lama tu ok la, kadang tu ada jugak pelat R  ni, sebab lidah tu dah terbiasa tak reti sebut sejak kecik. hehehe.. Syukur Alhamdulillah... (^_^)

Lisa Surihani pun pelat R kan, tapi dia buat tak reti je bile orang kutuk atau komplain. Mula tak perasan, mula perasan bila tengok cerite Lagenda Budak Setan. ooo rupanya lisa pelat R. Bila dia menjadi pengacara Mari Menari, memang terserah la sangat sangat pelat R nya.. Orang cantik pun leh pelat R. Sebenarnya berterima kasih kepada Lisa kerana membuatkan orang pelat R ni untuk lebih yakin diri. hehe..

Kepada anda yang pelat R, jangan la rasa terlalu rendah diri, sebab lisa Surihani yang cun tu pun pelat R tapi dia relek je kan. petua saya, cuba anda letakkan hujung lidah anda di lelangit yang hampir skit di gigi atas, dan cuba vibrate kan lidah tu, Cuba la.. Insyallah boleh punye. Sebab aku pun dulu pelat R.


-EnD-

Isnin, 10 Januari 2011

Pendapat aje ;)

Habis la sudah Juara la lagu. Dah tengok semalam kan siapa yang menang. Hampa skit sebab lagu Yuna tak menang. Faizal Tahir menang persembahan je, ingatkan lagu dia akan menang sebab ramai orang jangka lagu hayut tu akan menang.

Pada pandangan aku la, juara lagu ni dia lebih tengok kepada lirik sesuatu lagu tu, kalau liriknya susah nak faham, lebih banyak tersirat itu lah yang akan jadi terbaik & juara, walaupun melodi lagu tu kita tak berapa layan nak dengar. Macam tahun lepas lagu Aizat, lagu dia biasa aje, tapi liriknye kuat. Tapi ada jugak lagu macam Keiru - Nurul & Ajai. Dia punya irik "salahkan ku jangan salahkan ku".... simple je liriknya tapi leh jadi juara.
Tapi lagu Tolong Ingatkan Aku... ok, sedap jugak dengar & yang penting liriknya kuat. sebab kat situ pon selalu dia orang kire.

Ade jugak lagu fav aku menang iaitu lagu Drama King - MUH. huhuu I like.! Tahniah kat pemenang, mereka dapat duit dapat trofi, kite yang dok ngutuk, mengomen tak dapat apa pon, dapat letih je ni haa kome.. hahaha... Untuk suke2  ok la..

-END-

Sabtu, 8 Januari 2011

AJL 25

Malam ni pukul 9 malam ada Juara lagu yang ke 25. Tak sabar plak nak tengok sapa menang.  Harap-harap yang menang ni yang favorite.

Fav aku :-
Cinta Sempurna (Yuna),
Jahat (Stacy),
Drama King (MUH ft Black),
Pelita (A.P.I)
Kabahagiaan dalam perpisahan (Shahir).

Ni antara favorite aku aje, mane yang terbaik terpulang lah kat juri, sebab juri lebih pakar. Tapi banyak kat blog & kat laman web lain memilih Faiza Tahir ada can. Can mali can la.  Kalau Faizal Tahir memang pun mungkin dia layak.   Kita tengok jela malam ni ok.


1. Hanyut – Faizal Tahir
2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
3. Noktah Cinta – Hafiz
4. Drama King – Meet Uncle Hussein dan Black
5. Ku Ada Kamu – Adira
6. Cinta Sempurna – Yuna
7. Pelita – A.P.I
8. Berlari – Tomok
9. Sofea Jane – Black
10. Mencari Konklusi – Hujan
11. Selamat Malam – Faizal Tahir
12. Ekstravaganza – Bunkface
13. Jahat – Stacy
14. Tolong Ingatkan Aku – Anna Raffali


penuh tanda tanya

lonely place
Cepatnya masa berlalu. pejam jelik pejam pelik dah nak masuk 25 tahun aku tahun ni. Biar betik!! Cepatnya aku dah besar ni. Bila aku pandang sekeliling.. eh eh.. tak de sape la... Kawan2 yang dulu selalu bersama masa suka suka dah tak de. Mana mereka  pergi ni? Semua dah bawak haluan sendiri. Hidup diteruskan,  mencari hala tuju diri yang sebanarnya entah ke mana. Mencari peluang dan sokongan hidup. Susah nak meramalkan hidup kat dunia ni sebenarnya misteri. Kadang-kadang rasa bangga dengan diri, tapi kadang-kadang tak suka dengan diri sendiri. Dalam kepala hotak yang ada hanyalah tanda soal yang besar. penuh dengan konfius tak faham dengan hidup. Kenapa dan mengapa ? Hampa dan kecewa... Suka atau duka.. sunyi dah ceria.. Hidup ini misteri laa kawan...


-End-

Jumaat, 31 Disember 2010

Happy New Year 2011

Nak wish Happy New Year kat sume yang ade membaca blog ini.. hehe.. (ade ke..?)
Esok dah masuk tahun baru, so malam ni ada sambutan tahun baru, ada pergi ke menyambut? Mesti ramai yang excited nak sambut tahun baru keluar dengan kawan2 lepak beramai2 kat lua sana kan? wah besnye ye hangpa.. Tapi sepanjang hidup aku tak penah pon pg sambut new year. Ingat aku suke ke new year.. Korang tak tau ke yang korang sambut tu tahun korang nak ke tua... ceh..hahaha... Ish ish.. betapa tak suka nye aku... Tapi sonok jugakkan tgk munge api, time tu jele sonok, pastu bunge api dah abis, hilang le sonok, pikir balik umor tu dh tua...hehe..(tetap jugak nak pikir yang itu)


Tak ade azam
Sempena tahun baru ni aku tak ape2 azam pon, sebab azam tu masa nak tahun baru je ingat lame2 lupe... Aku sendiri dah tak boleh ingat ape azam aku tahun2 sebelum ni...Jadi tiada azam untuk tahun ni, cuma harapan dan doa aje le supaya hidup aku dimurahkan rezeki banyak2... amin..

Untuk tatapan. pinture dibawah adalah bunga api dan suasana sambutan New Year seluruh Dunia.

Las Vegas

Amsterdam

Edinburgh

Orlando

Sydney

Isnin, 6 Disember 2010

Hukum Karma

penah tak kite mendengar luahan perasan dari orang yang kite suke, tapi dia meluahkan perasaannya terhadap orang lain yang dia suka. Ape kite rasa ye…? Sakit tak…? Yeeaa.. Sakitnya bukan kepalang…
Sungguh  la kejam kan..., tak patut kan, Walaupun orang buat kite... walaupon kite ade niat nak balas balik kat orang  tu, tak perlu la sebab, karma itu ada. 

Gambar sekadar hiasan

penah dengar tak hukum karma, buat baik di balas baik, buat jahat akan dibalas jahat. Kalau kite sakitkan hati seseorang, suata masa nanti orang lain akan buat kat kite macam tu jugak, sakitnya pun macam tu jugak.. Walau ape pon berdoa lah supaya hanya benda yang baik yang akan datang dalam hidup ini, kesakitan itu mematangkan & mengajar hidup ini yang sebenarnya bukanlah indah seperti di dalam mimpi... Yang baik itu datang dari Nya, yang buruk itu datang dari kita.

Ahad, 5 Disember 2010

Berlagak

Entry kali ni cuma nak tulis & bagi tau, tak suke le orang yang berlagak. Berlagak lepas  tu tak sedar diri. Macam mane nak ajar orang yang berlagak sengal ni adalah dengan cara kite tunjuk & buktikan kite pun leh nak lebih dari itu. Benda kecik besar kuman pon nak berlagak ke...??? Ape ke jadahnya kamu ni kan. Isshh makin nyampah plak ngan kamu ni tau.. tau..hehe huhu.. Aku tau ko tak baca blog aku, tapi kalau baca bagus jugak, itu pun kalau kamu ada terasa la kan entry ni tertuju untuk ko yang selalu nak sengal & berlagak always like a hell.


*** Berlagak tu tak kemana,  belajar la merendah diri... Tak salah & rugi pun. Kalau berlagak tapi nothing, eemm ape kejadahnye kan kan...***

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...