Iklan

Thanks Followers!

Selasa, 7 Mei 2013

Madah ku bermadah atas lirik Hatiku Milikmu

Gambar hiasan

Lirik Lagu - Hatiku Milikmu

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


Madah ku berhelah:-


Si gadis bertanya adakah lelaki itu faham akan perasaannya.
Perasaan terhadap lelaki itu boleh membuatkan dia berasa sedih
Semua tentang lelaki itu membuatkan dia terpaku.

Bila berada disisi lelaki itu si gadisitu hanya mampu terdiam sahaja.
Sedangkan dalam hati bergetar-getar.
Dia susah nak meluahkan perasaannya.
Nafas seakan terhenti bila terpandang ke arah lelaki itu
Jantung akan berdegup dengan laju.
Dia bertanya adakah hati nya akan menjadi milik lelaki itu
Dalam hati dia berbicara dia sayangkan  lelaki itu


Dia menganggap segala perkara bersama lelaki itu adalah suatu kenangan yang indah

Yang tak akan dia lupa sampai bila bila.


Dia menulis semua kenangannya bersama lelaki itu 

Di dalam hati sanubarinya
Supaya menjadi perkara paling indah dalam hidupnya

Perasaan gelora cintanya begitu kuat
bagaikan di landa badai
Dan hatinya mencari jawapan akan cintanya agar terungkap.


*** Gila la.. jiwang gila aku. ;p

Selasa, 16 April 2013

Keek - Video keek yang pertama ;)


Tengok orang ade keek, kite pun nak buat keek. Haha. Macam best je.
Keek ni  macam laman sosial lain jugak tapi keek ni untuk share video.
Tapi video yang singkat je, jangan harap le nak lelame. nak lame-lame pegi you tube la.. haha...

Aku tengok banyak retis ade keek ni, mereka rajin sangat upload video semasa mereka dan update apa yang sedang buat sekarang. 

Nak upload video apa pun tak kisah, apa-apa hal tanggungjawab sendiri le.

So aku pun nak try le, ini untuk keek aku yang pertama.

Siapa ade keek jom le follow ini keek ==> http://www.keek.com/nazlia523
(buat masa ni hanya ade 1 je video... )


Sabtu, 13 April 2013

Kursus Buat Chocolate

Pada 7/04/2013, saya telah mengikuti lagi kursus, kursus itu ialah buat coklat. Bukan apa, tujuan nya adalah saja nak tahu dan nak belajar cara nak buat coklat. Kursus ini selama 1 hari je, di buat di K.Komuniti Bt Gajah, tapi ini sebenarnya di anjurkan oleh K.Komunit Gopeng. Pergi kursus ni yuran dia tak mahal pun, yuran + kos bahan RM25 aje. Ha murah tak? rasanya kalau pergi kursus kat luar atau tempat lain, mungkin mahal, tapi aku tak pasti le berapa. Aku pernah search kat google cari kursus ini yuran dia mencecah RM250, tapi mungkin jugak banyak perkara yang dia ajar dan banyak lagi bahan. yang aku pergi ni hanya basic saje dia ajar. Tapi senang aje rupenye buat coklat ni. Belajar basic selebihnya ikut kretiviti sendiri. Memang boleh buat business. 

Tanpa buang masa aku nak share le sedikit mana rope aku pergi belajar tu. Seperti biasa le aku datang mesti bawak camera punye, hihi.. bukan apa takut aku lupa step dia ajar. Dia ajar bukan kasi nota pun atau resipi, sendiri cari inisiatif le. Apa segala step semua pun aku ambil gambar. Masa first2 dia tunjuk cara tu aku yang dah start pegi ambil gambar, lepas tu baru yang lain ikut . ;)










Begini le kaedah nya, lepas belajar, rasa semangat nak cari bahan dan nak buat sendiri, rasa nak jual kat orang. Memang simple dan terlalu senang rupenye nak buat coklat ni, ingatkan susah le. Apa pun untuk hasil yang cantik kretiviti itu penting. tak kretif  tapi nak tiru design orang lain pun tak apa. Sebab coklat ni bila di decorate akan menjadi cantik dan menyelerakan.

Akan datang akan pergi lagi kursus. Tunggu la apa-asa kursus yang berfaedah insyallah aku akan join. :)

- END -

Rabu, 13 Mac 2013

Mood ke laut - Bersabarlah hati


Bengang, geram dan marah. Sejak bebrapa hari ni kebelakangan ni darah aku asyik nak naik je. Terlalu rasa banyak tekanan di tempat kerja. Semua nya nak bagi marah dan nak marah aku. Berhadapan dengan orang tak tak berbudi bahasa membuatkan aku sangat hilang hormat kepada orang itu. Macam mana nak rasa hormat orang kalau orang berbahasa kasar dan tak hormat kita, tapi tak ada la sampai nak pegi mencarut kat muka dia. Nak ikutkan hati memang rasa nak macam tu je. Semenjak dua menjak ni kepala otak aku pun dah tak berapa stabil, tahap kemarahan aku cepat je naik. Iman aku dah kurang sangat ni... Astaghfirlullahhalazim....

Aku ni bukan le jenis suka berkira bile tolong orang. Tapi aku berkire bile orang pun berkira dengan aku. Rasa berat nak tolong bila orang berkira. Lagi satu aku rasa fed up dan bosan bila ada orang asyik dan suka dan terlalu meminta tolong.  Sampai aku dah tak tahu nak tolak macam mana bila di minta tolong. Tapi kadang-kadang tak boleh tahan bila hal yang begitu remeh pun nak mintak tolong jugak, emm tak salah pun, tapi kalau keadaan dah tak ada pilihan dan keadaan terdesak aku akan cuba jugak la untuk tolong mana yang termampu. Tapi kalau boleh jangan la ambil kesempatan. Sebab nya bila dah tolong sekali akan mintak tolong lagi dan ini yang membuatkan aku tak suka. Aku sendiri pun tak suka nak susahkan orang melainkan keadaan terdesak dan tak ade pilihan, sebab aku sendiri pun tak suka bila aku di susahkan dengan tak semene-mene.

Bersabarlah hati


Jumaat, 18 Januari 2013

Berjaya tebus rebat RM 200 Smartphone - PKB

Dalam bajet 2013 kerajaan dah umumkan belia berumur 21 hingga 30 tahun akan di beri rebat untuk smartphone RM200. Bermula 1 Januari 2013, ramai belia berebut-berebut nak apply, termasuk le aku. :)
Dari tahun lepas dalam bulan November atau December memang ada bercadang nak beli handphone baru, handphone yang sebelum ni dah nak dekat 3 tahun pakai, masih elok cuma bateri je dah tak kuat.

Apa lagi aku pun tak ketinggalan nak mohon jugak walaupun pada mula nya kecewa dengan syarat-syarat yang diberikan. pada mula nya kata hanya telefon bimbit below RM500. Apa...?? Apa pilihan handphone below RM500 ni. Dalam hati fikir, tak payah kasi pun tak apa lah. Disebabkan ramai sangat yang complain dan tak puas hati, mereka pun ubah le syarat tu boleh untuk harga handphone tak ada limit. Maka semua pun kembali tersenyum lebar. 

Tapi tu lah sebenar tak ada benda yang senang, lepas tu banyak pulak orang complain pasal susah nak apply di laman web SKMM. Dia punya sistem haiya very susah. Aku pun mengalami benda yang sama sampai rasa malas la nak kejar rebat ni, menyusahkan je. Then aku try untuk beberapa kali dan beberapa hari. Last aku nak try, kalau tak boleh aku tak try lagi dah! (gitu le sentapnye) Yang terakhir tu le yang boleh pulak. hah. Lepas tu dia ada keluar satu macam slip & ada nombor rujukan, ada tulis "cetak" disitu atau pun boleh "save" dulu. Lebih baik korang save dulu kalau tak ade printer nk print. Ada orang yang tak print dan tak save lepas tu nak cari balik dah susah dan tak boleh. Ini la problem! Tapi tak pe kalau ada siapa-siapa yang terhilang data yang nk print tu korang copy klik bawah ni 

http://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/Success?ic= xxxxxxxxxxxx 

(xxx... masukkan no kad pengenalan korang) --- lepas tu akan dapat balik benda yang nak di print tu.

Pada siapa yang berminat & nak cuba la isi form klik kat sini ----> https://komunikasibelia.skmm.gov.my/

Bila dah print boleh la bawak slip tu ke pemberi perkhidmatan dan pengedar yang terlibat dan berdekatan, setiap penyedia perkhidmatan menawarkan telefon dan service yang berlainan. jadi bukan semua phone yang kita nak akan ada, yang terpilih sahaja.

Sebelum ni aku ada search kat internet, memberitahu Seng Heng dan Seng Q adalah pengedarnya. Pemberi perkhidmatan lain adalah seperti Maxis, Celcom, Umobile, Digi, Tune Talk Yes, Clixster. 
Jadi aku pun try tanye dekat Seng Heng, ye memang kat sana boleh tebus rebat Pakej Komunikasi Belia tu. Syarat nya tak susah mana pun hanya bawa slip yang dah print tu dan mereka syaratkan masuk ahli Seng Heng sahaja, tak ada pulak kena langgan internet atau mesti ada langganan internet. Maksudnya kalau tak langgan internet pun tak ape. Lagi pun kalau dah beli handphone smartphone tu automatik korang kena jugak guna internet, sebab smartphone kebanyakkan aplikasi dia perlu connect internet. Cume dia ada kasi sim kad baru U mobile free. Tapi sekurang-kurangnya bukan pakej langganan internet yang kontrak. Cuma korang langgan internet mobile yang 1day, 1 week, terpulanglah. 

So aku pun pergi ke Seng Heng berdekatan dan cakap nak tebus rebat Pakej Kominukasi Belia. 

Pilihan hanphone yang beleh di tebus dengan rebat seperti berikut:-


Handphone yang dipilih adalah Samsung Galaxy S III Mini.


Ok le tu :)

-Sekian-

Selasa, 1 Januari 2013

Semangat baru tahun 2013



Tak terlewat rasanya nak ucap SELAMAT TAHUN BARU. Selamat tinggal kepada 2012 dan selamat datang kepada 2013. Yang semakin jauh dari hidup kita ini adalah kenangan, kita tak mungkin boleh patah balik untuk mengembalikan kenanangan. Yang semakin dekat dengan kita adalah mati, hakikat! ;)

Setiap kali tahun baru mesti kita akan bersemangat dengan azam tahun baru. Apa pulakk dah jadi dengan azam tahun lepas, adakah tercapai? Imbas kembali apa azam aku tahun lepas erk...

Azam 2012 (tahun lepas)
  • Tahun ni nak cari duit banyak-banyak  -----> (tak berapa nak tercapai... alhamdulillah rezeki ada)
  • Nak mencuba sesuatu yang baru dan berfaedah, nak mencuba kalau tak pandai nak belajar, dah bosan kerja makan gaji dan buat benda yang sama setiap hari.  ----->(Masih mencuba sampai sekarang, tapi masih belum berjaya)
  • Harap juga untuk tahun 2012 akan dibukakan pintu hati  untuk benda yang baik. Insyallah.  -----> (alhamdulillah harap pintu hati ini akan terus terbuka)
  • Nak tingkat amal ibadah yang selama ni dah leka, semoga semua urusan dipermudahkan. Insyallah.  -----> (Alhamdulillah semakin banyak perubahan dan perlu lagi di tingkatkan)
  • Nak Samsung Galaxy Tab 10.1  ----->(belum memiliki, hati pun dh berubah..haha..)


Azam 2013
  • Nak dapat kerja yang lebih baik, dan keluar dari tempat itu dengan cara yang baik dan hati yang gembira.
  • Nak kahwin (hehe..) walaupun tak ada apa-apa perancangan dan calon. (Harap tahun 2013, akan jumpe le.. haha...)
  • Trip pergi Langkawi menjadi. Harap-harap dapat dan sempat untuk kumpul duit.
  • Nak kurangkan tabiat berinternet (Serius ni agak susah, haha... tapi tak apa kita coba)
  • Nak beli phone baru, android. (Mungkin dalam masa terdekat, tengah survey)
  • Semoga di murahkan lagi rezeki dengan lebih banyak
  • Ingin memantapkan lagi ilmu masak dan menjahit ke arah satu kerjaya. huh
Kenangan tahun 2012.
Kalau di kenang, banyak juga kepahitan dan ada juga kegembiraan. Pada thaun 2012 aku penah gagal setelah mendapat peluang kerja, ia sesuatu yang menghantui dan megecewakan. Beberapa kali gagal dalam interview membuatkan aku rasa macam fobia je nak pergi mana-mana interview. Terus terang sampai sekarang aku masih terasa dan sampai sekarang ia masih berbekas di dalam hati aku. Sekarang aku rasa kalau aku dapat peluang pergi interview, aku takut nak pergi, takut gagal! Tapi dalam hati masih ternanti-nanti untuk mendapat panggilan interview. Aku sedang cuba berlawan dengan perasaan sendiri. Ya Allah kuatkan lah hati aku.

Abaikan perkara perit yang lepas, harap tahun 2013 akan menjadi lebih baik, dan jangan lagi toleh ke belakang kerana di belakang akan menghalang untuk berjaya.

Semoga di permudahkan.

Tahun 2013.
Cuba untuk fikir masa depan yang baik. Nak belajar sesuatu yang berguna, nak belajar menjahit sampai cekap. Insyallah akan ku coba. haha. Bila dah reti nanti boleh le amik upah :) Boleh buat duit. Cita-cita masa sekolah dulu nak jadi ahli perniagaan. Sebenarnya kalau andai kata aku tak berjaya untuk masuk kerja di jabatan kerajaan, aku prefer untuk bekerja sendiri. Pengalamana kerja makan gaji tak seronok.
Harap aku akan temui apa yang aku nak cari.

-sekian-

Isnin, 10 Disember 2012

Hati Berkata


Mood macam something wrong je sekarang. Rasa tak sedap hati je. Macam-macam perkara negatif nak fikir di kepala otak ni. Tapi aku masih boleh tenang kan diri aku, tapi dalam hati tak berapa nak seronok. Nak tahu kenapa? Aku rasa macam sekarang rezeki aku tak berapa nak masuk, macam ada halangan je. Sebenarnya aku ada main kutu di facebook. Group geng kutu yang aku join tu sebenarnye memang aku tak kenal. Aku beranikan diri untuk bermain. Sebelum ni pernah main tapi amount yang sedikit je iaitu RM40/2week. Alhamdulillah aku main dengan orang yang jujur. So sekarang aku main  kutu RM150 per month. Turn aku no 3, pada asalnya no 2, tapi pemain no 3 tu mintak tukar sebab nak guna duit time tu. Jadi aku beralah lah asalkan dia jujur la bila main. Due date untuk kutu ni ialah setiap 5hb. Sekarang dah berapa hari bulan dan sepatutnye aku dah  dapat semua jumlah duit kutu, tapi sekarang tibe-tibe pemain no 1 mintak tangguh lambat bayar sebab sekarang dia tengah kursus. Aku cuba tenangkan diri dan berfikir positif daan cakap kalau boleh bayarlah secepat mungkin dan dia kata ok. So aku dah tenang skit, dan sekarang aku mintak kepada mak kutu tu supaya bayar dulu kat aku dulu lain kecuali pemain no 1 tadi. Bila aku inbox dan beritahu dia tentang pemain no 1 tu dan mintak bayar dulu duit yang lain dia hanya cakap "ok" je. Ok je? sekarang dah berapa haribulan, kalau orang lain dah mengamuk kot. Aku cuba tenangkan diri lagi dan tunggu dia reply esok. Aku cakap kalau dah bank in nanti tolong bagi tahu aku, sebab aku takde online banking yang boleh online check duit masuk, kena pergi ATM machine la kalau nak check. Tak pe buat masa sekarang aku sabar dulu, tengok apa dia akan reply. Aku berharap sangat aku sedang bermain dengan orang yang jujur dan lembut hati.


Dan lagi satu hal lagi, aku dah rasa yang aku ni macam nak kena tipu dengan penjual online ni. Kalau tengok koleksi tudung yang dia jual memang banyak yang cantik dan murah, tapi pembeliannya adalah secara borong. Dah lama dah aku perhatikan koleksi tudung dia tu, aku fikir dah ada duit nanti aku memang nak try beli la. Aku email dia tanye, aku nak order dan dia ada reply cakap ada stock dan suruh bank in ke akaun sekian-sekian dan nanti isi form. Aku pun buat apa yang disuruh, tapi dia punye feedback email aku sangat lambat. Aku sms dan email dia jugak sebab aku risau dia terlepas pandang email aku. Tapi cara dia jawab email aku tu macam melengah-lengah, dia kata tak terime form yang aku isi dan suruh aku  isi lagi sekali. Lepas tu baru dia cakap ada terima dan aku email dia lagi cakap suruh hantar barang yang aku dh order tu. Dan lagi sekali dia diam, tak reply lagi. Sebelum beli online aku tak research nama dia di internet. Sebenarnya dah banyk orang complain company tu penipu, barang yang di hantar lambat, itu pun hantar setelah di ugut, kualiti barang  terlalu teruk. Aku pun terus mengeluh panjang, kenapa lepas aku dah bayar baru aku terfikir nak buat research kat orang ni. Aku tenangkan diri lagi dan berkata dengan diri sendiri, ni bukan rezeki aku ke? Aku mula salah kan diri sendiri. Aku rasa macam rezeki aku jadi sempit tuhan nak tunjuk kat aku. Mungkin ada perkara yang terbuat yang tak baik yang menyebabkan aku akan kena tipu. Apa pun aku akan cuba tanya orang tu banyak kali, harap-harap dia kan hantar barang yang aku order tu, semoga dia terbuka hati untuk tidak berdalih-dalih dan akan bersikap jujur dan segera menghantar barang aku tu. Ya Allah lembutkan lah hati orang itu supaya dia jujur dalam perniagaannya, andai dia tidak bersikap jujur kau tunjukkan lah kepadanya.

Semoga hati  aku lebih tenang. Rasa tenang skit bile terluah kat sini.. Semoga hati ini tak terlalu beban nak menanggung rasa... seronok kan ada blog boleh luahkan rasa hati. :)
Mungkin boleh jadi pedoman bersama.

-SEKIAN-

Sabtu, 8 Disember 2012

Cara burn CD lagu dari pc ke CD

Akhirnya aku dah tahu macam mana nak burn cd lagu dari pc ke cd. Untuk orang yang macam aku ni yang tak berapa pandai pasal komputer punye software dan sebagainya, memang lambat nak tangkap le kan bile ikut tutorial untuk burn cd yang di tunjuk di internet. Haishh...

Sebelum ni aku penah cuba untuk burn cd dengan menggunakan software seperti Nero Startsmart dan lagi satu Free burn cd MP3. Yang Nero tu aku install dari CD software kawan aku punye cd untuk masukkan software tu ke pc aku then baru boleh burn ke cd. Tapi tu lah aku tak berapa reti nak guna installer2 ni. Dah berapa banyak cd yang aku dah rosakkan sebab tak berjaya. Mungkin ada silapnya kan... haha.. malu nak ngabo, mesti orang tersenyum sinis nak gelakkan aku, haha, apa-apa jela. 

So sekarang aku dah tau cara lain untuk burn lkan lagu ke cd, dengan menggunakan Window Media Player atau pun RealPlayer. Mana ropenye bende dua ni, haa macam ni:-

Window Media Player

RealPlayer
Kalau ada 2 benda ni ada kat pc korang, tak payah susah-susah dah, boleh la benda ni diguna untuk burn cd. Kalau kat pc korang tak ada bende ni boleh lah carai di google dan install la benda ni dulu. 

Tapi biasa aku guna Window Media Player, sebab yang ini selalu aku buat menjadi. Tapi bile guna RealPlayer ni kadang-kadang dia ada problem, cd aku dah banyak rosak sebab dia la. Tapi kadang menjadi jugak bila guna RealPlayer ni. Mungkin aku masuk lagu banyak sangat tu yang dia problem tu. Bila ada problem cd pun akan rosak dan tak boleh guna dah dan jawabnya buang jela.

So lebih baik aku tunjuk cara nak burn cd guna Media Window Player.

Mula-mula sekali pastikan cd yang nak di burn tu adalah CD-R, kalau yang lain aku tak pasti la jadi ke tak untuk burn lagu. CD ni murah je boleh dapati kat kedai-kedai. Ada jugak berharga RM3 - 1pc. Tapi aku guna yang murah saja, tapi yang murah ni tak boleh nak format atau edit balik. 

Contoh - CD-R

Masukkan Cd ni ke pc rom korang. Macam yang kat bawah ni lah.. Ok seterusnye...



Open Window Media Player, akan keluar seperti di bawah ni kan, dan klik ke perkataan yang ada tulis BURN tu kat atas. Ada nampak?

Jangan lupa untuk select Audio CD

Kemudian pilih la lagu apa yang korang nak masukkan dalam CD ni, tapi biasa nya lagu yang boleh masuk dalam 20 lagu. Mungkin akan kurang atau lebih. Select lagu ikut yang macam kat bawah ni:-


Lepas dah select lagu, bolehlah klik pada Start Burn seperti di bawah.


Lepas dah klik Start Burn ia akan ambil masa untuk proses ni, jadi korang tunggu la sampai selesai. Lepas selesai cd tu akan terkeluar sendiri. 

Ini lah proses burn cd yang senang aku nak share. Kalau ada tersalah dan terkurang mintak ampun siap-siap. : )

SELAMAT MENCUBA.

Jumaat, 30 November 2012

--> Resipi Nasi Briyani Daging

Seperti yang di entry sebelum ni --> Belajar - Masakan Nasi Briyani Daging, aku nak share resipi Nasi Briyani Daging yang aku pergi belajar kursus masak beberapa minggu yang lepas.

Boleh la try, semoga menjadi ;)


Nasi Briyani Daging
Bahan-bahan (4 0rang)

Bahan-bahan menumis:-
(A)
  • Minyak sapi + minyak masak
  • 6 ulas bawang merah (dicincang)
  • 5 ulans bawang putih (dicincang)
  • 2cm halia (dicincang)
  • sehelai daun pandan
  • 2 batang kayu manis
  • 3 bunga cengkih
  • 3 tangkai cengkih
  • beberapa biji buah pelaga
  • 1/4 sudu besar jintan putih
  • 1/4 jintan manis
(B)
  • sedikit serbuk kurma
  • sedikit rempah nasi briyani
  • sedikit air
  • garam secukup rasa

Bahan untuk nasi
  • 3 cawan beras bramathi
  • 4 setengah cawan air
  • setengah cawan susu sejat
  • sedikit garam
  • gajus & krimis

bahan tambahan
  • cili merah dihiris nipis*
  • lobak merak dihiris nipis *
  • sedikit daun pudina dihiris *
  • 2 tangkai daun sup (dihiris nipis) *
  • 2 biji tomato (potong dadu) *
  • 1/2 kg daging (dihiris 4 segi)
  • sedikit susu pekat
  • sedikit air mawar
  • 3 sudu besar mayonis
  • pewarna kuning

Cara-cara:

  • Panaskan minyak sapi + minyak masak kedalam kuali
  • masukkan daun pandan dan tumis kesemua bahan (A) + (B)
  • tumis sampai pecah minyak.
  • Bahan yang tumis tadi, pindahkan ke periuk nasi untuk masak nasi.
  • Masukkan susu sejat dan garam secukup rasa
  • gaul bersama beras dan tambah sedikit air berpatutan sukatannya ( untuk beras brasmathi air kena lebih sedikit)
  • Masak nasi hingga mendidih
  • Bila air nasi dah mendidih masukkan pula daging & gajus & krismis ke dalam periuk nasi, kemudian biar sampai nasi masak.
  • Bila air nasi dah kering, masukkan pula sedikit susu pekat ke atas nya dan kacau hingga sebati.
  • Kemudian masukkan pula bahan2 (*) ke atas nasi dan gaulkan.
  • Masukkan sedikit pewarna kuning (2-3 titik), kemudian gaul sebati.
  • Akhir sekali, renjiskan sedikit air mawar ke atas nasi yang dah masak tadi.




Beli lipstick lain kaler dengan gambar

Lain beno kaler lipstick yang aku baru beli ni dengan kaler yang ada dalam gambar. Bukan sikit lari warnanya, tapi lari banyak. Bile tengok dalam gambar tu, hati ini berkata "teringin nak pakai lipstick kaler tu, mana le ropenye nanti.." hehe. Aku memang tak selalu dan sentiasa pakai lipstik, tapi sebagai perempuan suka jugak la nak pakai.


Jadi bila tengok dalam buku tu, aku teringin nak beli lipstick tu bila tengok warna dia. Nampak macam natural color. Kalau tidak, bukan nak beli lipstick sangat pun. Oleh itu, aku pun order la  lipstick tu di kedai itu, harga pulak tengok macam murah. Ok la tu kalau beli, boleh pakai selalu ;)

Dalam buku tu gambar lipstick tu macam ni ha.....

-
-
-
-
-
yang aku nak tu warna apricot mystery (anak panah merah)

Dah balik rumah tak sabar nak try (hehe..) bukak-bukak tengok lain pulak kaler nye, adoi tercengang dan hairan seketika. Mengapa itu macam..? Aku tengok kat bawah lisptick tu ada gam sticker tulis warna dan jenisnye memang betul, tapi kenapa warna dia tak sama???

Mana rope tak sama tu, ha ini la dia.....


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Apa..?? Ini kaler pink?? lain sangat apa yang aku nak dan apa yang aku dapat. Tak paham! Nanti aku nak tanya orang kedai tu kenapa lain kalernye.
Tapi sebenarnya warna pink ni pun cantik dan aku pun suka jugak. Eemm aku fikir tak ape la, ok je lipstick kaler ni, walaupun kecewa skit sebab bukan kaler yang aku nak.

-End-

Ahad, 25 November 2012

Segmen Kenal-Kenal Bersama Aisyah Humaira'



Thanks to sis aisyah humaira coz invite saya join segmen ni, so appreciate kepada adik aisyah kerana dah invite, dan tanpa segan2 saya pun join segmen dia ni walaupun masa tinggal beberapa minit je nak closing ;)

----------------------------------------------------------------------------------------------
Serba Ringkas Tentang  MiszLieya
Nama Sebenar : Nazlia Binti nazeri
Panggilan : Lia (hanya satu ni je my nickname, takde lain dah..  ;)
Asal Usul Nama Blog : nazlia-nazeri.blogspot.com
Kenapa Nama Blog Berbeza?
Sebab suka warna ungu dan unguviolet tu di ibaratkan tentang diri saya
Tarikh Lahir: 23/05/1986
Pelajaran : Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan) - Politeknik Ungku Omar
Kerjaya: Shipping coordinator
Kegemaran: Ungu, budak-budak, melalak (karaoke), memandu, menjahit, 

TARIKH TUTUP : AHAD ( 25/11/12 ) JAM 6 PETANG !

- SEKIAN, TERIMA KASIH - 



Belajar - Masakan Nasi Briyani Daging



Saya budak baru belajar. ;)
Lambat sikit update, minggu lepas tarikh 17/11/2012 aku telah pergi ke kelas memasak. Masak apa? Masak Nasi Briyani  Daging + Ayam masak merah + Gading kurma  + Dalca
Kelas memasak ni di adakan di Kolej Komuniti Bt Gajah, Perak. Kelas ni di adakan 1 hari je dari jam 9pagi sampai jam 2petang. Habis masak balik la. Yuran dia hanya RM25 termasuk kos bahan. Lepas siap masak makanan pun boleh bawak balik.

Apesal ha aku nak kena pergi belajar masak? Tak reti memasak ke? Jawapan nye memang iye. So tak salah pergi kelas memasak ni. Tapi kebanyakkan yang datang ke kelas ni semua nak belajar cara masak nasi beriyani tu, banyak bahan di guna dan nak tahu cara nak masak nasi beriyani tu. 

Tengok la gambar kat bawah ni, memang banyak bahan yang di guna, bukan semua gambar dapat di upload, kalau nak ikutkan ade banyak lagi. Semua gambar-gambar ni aku tangkap dengan segala step yang di tunjuk, sebab bile dah balik rumah takut lupa. haha.  Bila rasa lupe, boleh tengok balik gambar. ;)

Untuk resipi-resipi semua ni akan di post pada entry seterusnya. Tunggu....!

antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak

Menumis untuk nasi briyani


Kaedah-kaedahnye, sediakan nasi dan lauk2 nye
 
;)

3 macam masakan yang di masak, hiasan ni di buat oleh chef yang ajar tu

Isnin, 29 Oktober 2012

Stress dengan kerja


Salam satu Malaysia. 
Hari isnin hari malas sedunia, haha... 
Sebab dah cuti dua tiga hari jadi hari isnin mood memang dah lari. 

Hari ni nak story, nak habaq mai kat blog ini yang aku sekarang sangat sedang STRESSS bekerja. Sampai ke tahap ni aku rasa tak suka dengan kerja aku sekarang. Dah bosan dengan kerja tu. Tapi inilah yang aku rasa sekarang.

Bertambah-tambah runsing kepala hotak bile berkerja dengan orang yang bermuka-muka. Depan boss lain, depan kita lain. Kerja pulak dah semakin bertambah sebab orang yang dah behenti kerja tak ada pengganti dan pekerja yang ada la kena makan kerja tu. Kerja pulak di tolak-tolak. Bila mintak tolong dengan kita, tanya itu ini, jadi baik je ropenye, bila kita bertanya pulak, anggap kita ni macam tak tahu buat kerja je sebab asyik bertanya. Cara orang atasan pulak suka kasi tekanan dan semua benda nak cepat dan  berulang kali bertanya, nak dekat sepuluh kali cakapnya dalam satu hari. Gaya aje nak melangsi. Macam nak stress dengan orang-orang sekeliling. 
Sabarlah wahai diri ku Lia, biar orang buat apa yang dia orang nak buat tapi tunggu la kesabaran aku habis limit. 

Beberapa bulan ni, kerja aku memang dah tak boleh berhenti, nak kata sales company naik & banyak order tak jugak, biasa-biasa aje. Sekarang apa yang aku rasa, hari-hari aku berdoa supaya aku akan keluar dari tempat itu dan mendapat tempat yang lebih baik. 

Silap jugak dulu aku dah dapat peluang lain, aku tolak sebab company offer aku gaji naik, so aku yang mata duitan ni menerima sebab nak gaji banyak. Tapi masa kata nak gaji naik dan offer aku ke jawatan lain tu, janji nye lain, dan sekarang jadinye lain. Maksudnya aku akan di tawarkan buat kerja yang lain dan kerja yang aku buat sekarang akan ada orang baru yang akan handle. Tapi sampai sekarang tak ada orang baru, alasan nya mereka tak mahu ambil orang. Mungkin inilah akibatnya aku tamak masa tu, aku tengok offer yang lebih banyak. Patutnya aku dah tahu style mereka tu macam mana. Memang dari dulu mereka tak pernah pegang janji, hanya cakap saja itu ini. 

Aku dah kerja kat situ hampir 4 tahun, inilah tahap stress yang rasa teruk sekali. Stress + menyampah + bosan + runsing =  nak lariiiiiii!!!
Memang hati dah tak ada.



p/s: Tolong!!! nak cari kerja lain.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Hati terpenjara

Dalam hati ada penjara, hati terpenjara.



Bila ada sesuatu dalam hati nak meluahkan tak tahu nak meluahkan kepada siapa. Takut bila nak meluahkan apa yang dirasa seperti mahu mencerita buruk orang, jadi terpaksalah simpan dulu rasa ini. Tapi sangat-sangat berharap ada orang sudi mendengar luahan terpendam ini dan akan memberi respond yang positif dan akan memberi pandangan yang baik. Tapi kalau diluahkan rasa ni, mungkin akan mendapat dosa dan mungkin akan di kritik. Mana tahu.
Apa nak buat, pendamkan saje la rasa ini. Maksudnye kena redha dan terima apa sahaja yang ada, kalau rasa tak suka dan gembira dengan semua itu, mungkin itu adalah yang terbaik daripada yang lain-lain. Maksudnya juga kena terima apa saja sikap dan tindak tanduk orang sekililing  yang berdekatan tanpa rungutan lagi. 
Tapi hakikatnya agak sukar diri nak menahan. Jiwa ini akan rasa sedih sangat sebab terpaksa telan kan saja dan terima saja semua ini. Hakikatnye sekarang hati ini tertekan dan sangat tak gembira, tapi siapa yang akan peduli tentang hati itu. Hati dah terpenjara.



Ahad, 9 September 2012

Lirik - Teman Pengganti - Black ft Malique

Aku sangat suka lagu dan juga lirik lagu ni, biasa lagu rap ni part yang rap tu jarang pendengar nak hayati, tapi lagu ciptaan Malique ni sangat mempunyai maksud yang tersirat membuatkan ramai orang nak mengkaji lebih dalam maksud lirik lagu yang di sampaikan.
Sampai ada orang kata lagu ni berkenaan dengan diri Malique kononnye Malique sedang sakit. Betul atau tak dia ade sakit aku tak tahu, Wallahualam. 


TEMAN PENGGANTI - Black ft Malique



Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama



Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah



Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan



*Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


Ulang *


Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti



Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



Khamis, 6 September 2012

Bila akan jatuh cinta

Bila akan jatuh cinta lagi?



Jatuh cinta. Kalau mula-mula dulu kenal dengan perasaan ini wow betapa indahnya rasa itu. Seperti rasa macam mandi tak basah, tidur tak lena makan tak kenyang, apa pun tak boleh. Haha. Rasa yang indah, mungkin. Satu perasaan secara semula jadi yang terjadi dalam diri kita. Ia nya datang secara tiba-tiba dan bukan lah sesuatu yang kita minta.

Tapi kalau sekarang bila perasaan tu datang, ia suatu perasaan yang agak menakutkan. Ia bukan lagi perasaan yang seronok, tapi rasa itu adalah satu perasaan yang akan memberi bala kepada hati. Sebab apa begitu? Sebab perasaan kecewa akan datang selepas jatuh cinta.

Hati ini tiada hak, hanya bakal untuk dikecewakan? Tak pasti sekuat mana hati dan setebal mana rupanya yang selama ini terlalu banyak rasa kecewa dalam hidup yang terpaksa dirasai. Bila rasa jatuh cinta dengan seseorang, seakan seperti sudah tahu suatu hari nanti kekecewaan akan berlaku dengan apa sebab sekali pun.

Bila akan jatuh cinta lagi? Emm hati berkata teringin tapi perasaan berasa takut. Takut kecewa akan berulang. Bila akan jatuh cinta dan bahagia?

Sabtu, 1 September 2012

Hatiku sedang berkata


Susahnya nak terima hakikat. Pedihnya nak telan kebenaran. Tapi itulah hakikat yang aku ni belum lagi bernasib baik dan ada rezeki. Tak mampu rasanya nak tanggung kekecewaan atas kegagalan ini. Kegagalan yang terulang lagi. Apa lagi aku nak harapkan dengan hidup ini, entah kenapa aku rasa hidup ini tanpa tuju lagi. Apa yang aku inginkan seringkali gagal dan tidak tercapai. Lemah rasa dada ini nak menerima hakikat hidup ini. Walau apa pun aku hanya mampu fikir satu perkara ni “Mungkin apa yang kita suka tak baik untuk kita, dan mungkin apa yang kita tak suka akan baik untuk kita, hanya Allah sahaja Maha mengetahui”
Mungkin apa yang lebih baik sekarang dalam hidup ini jangan mengharapkan apa-apa. Apa saja yang akan berlaku kita berserah saja.

Macam-macam nak fikir negatif dalam kepala ni, tapi aku cuba nak fikir positif. Mungkin dalam hidup ni ada silap aku yang menyebabkan aku kena hadapi dan tanggung rasa kegagalan dalam hidup ni. Aku dah rasa malu dengan masyarakat, tapi muka ni kena la buat kering dan hadapi jugak apa pun.

Tapi sebenarnya aku semakin lama semakin letih. Letih nak menanggug hati yang sering kecewa. Aku dah hampir terbiasa dengan rasa ni, tapi hakikatnya aku berasa letih dengan rasa ini.

Aku tak sangka aku akan gagal lagi.Entah apa perlu buat dan fikirkan lagi.

Sekarang aku rasa nak bangun semula dan melupakan segala kegagalan yang pernah aku alami. Terlalu banyak benda yang aku inginkan dan impikan tetapi belum lagi menjadi realiti. Dalam hidup ini memang terlalu sukar untuk mendapatkan apa yang di impikan. Aku mahu putus asa aja dengan semua ini. Tak mahu apa-apa lagi pengharapan. Apa yang ada tu adale, kalau dah tak ade aku redha.

Tak mahu fikirkan lagi semua ini, lebih baik fikirkan bagaimana nak tenang kan jiwa dan senang kan hati. Hanya orang yang beriman dapat tenang jiwa dan senangkan hati sendiri. Lebih baik aku menuju ke arah itu dan melupakan segala kesedihan jiwa. Mungkin dengan Nya aku akan lebih tenang dan faham apa kehendaknya dalam kehidupan ini. Kehidupan ini telalu misteri bagi aku untuk aku fikirkan lebih dalam. Kerana aku sendiri tiada jawapannya dengan apa soalan hidup yang sering bermain di fikiran aku tentang hidup ini.

“Inilah hatiku sedang berkata”

Firman Allah SWT:

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat kerana Allah akan menolong orang-orang yang sabar.” - Surah al-Baqarah (2) : 153.

From:-
My heart

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...